Memandangkan Hadif dah nak 2 tahun dan mama pun dah positif preggy, kami decide untuk ajar Hadif minum susu guna botol susu..
Memang selama ni cuma breastfeed je so memang jahil la pasal formula milk ni..dari segi brand apa yang bagus,flavor dan khasiatnya..memang zero! tanya2 kawan,ada la yang suggest kan susu-susu bagus untuk anak mereka (Dumex Mamex,S2 Gold, Enfagrow dan lain2)
Mula-mula nak try tu,tak decide pun nak susu apa..papa Hadif pergi shopping groceries dan balik bawa susu Dumex Dugro yang flavor honey..sebab nak try,so tak kesah la brand apa pun,yang paling penting nak try jangan beli yang pek besar terus,nanti anak taknak,membazir lak tak de yang minum.
Dugro Dumex (honey)
yang ni rasa dia sedap dan manis mungkin sebab madu+kurma..mula-mula try memang ambil masa sebab Hadif tak reti minum guna botol..kebetulan mak mertua datang rumah seminggu masa tu, jadi Maktok la yang train Hadif sikit-sikit minum guna botol..kalau mama nya datang,cepat-cepat buang botol dan susu dengan mama..
lama-lama dia ok dengan susu ni especially time jalan-jalan kat shopping complex..satu botol penuh habis dia minum tanpa sedar..lagi laju dia minum berbanding kalau kat rumah..
bila dah habis susu ni, plan cam nak try susu brand lain..kononnya cam buat experiment la tengok sama ada Hadif jenis memilih susu atau tak..
so kali ni try susu yang tak de flavor..so try sustagen junior lak..
Sustagen Junior
haha..pilihan yang salah..memang Hadif totally tak suka susu ni..tiap kali beli susu tu mama pun rasa sekali,yang ni memang terasa kesusuan nya..rasannya lebih pekat dan creamy..tu yang buat Hadif tak suka..lagi dia kerap nak susu dengan mama je sebab dia tak suka susu ni..
Tak sempat habis lagi,kami plan tukar susu lain..yang penting berperisa..kawan suggestkan enfagrow honey,dia kata anak-anak terus suka bila bagi susu tu..so pergi kedai dan beli susu baru..harap-harap pilihan yang tepat kali ni..
Enfagrow A+
Pilihan ke-3 ni macam paling ok je..Hadif pun nak dan suka susu ni..tp kadang2 kalau dia tak nak, saya campur dengan sedikit milo..lepas ni mungkin continue dengan susu ni je..
Sebenarnya saya tak kisah sangat pasal susu ni mahal or murah..sebab dah bagi mealshake+omega guard Shaklee untuk Hadif..semua vitamin ada dalam tu..tinggal campur kat susunya je..
Sebenarnya saya tak kisah sangat pasal susu ni mahal or murah..sebab dah bagi mealshake+omega guard Shaklee untuk Hadif..semua vitamin ada dalam tu..tinggal campur kat susunya je..
No comments:
Post a Comment