Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday 3 June 2014

cara pisahkan susu badan anak 2 tahun

ni nak share dengan mommies semua pengalaman pisahkan Hadif dari menyusu badan a.k.a direct breastfeed..sebab Hadif dah nak 2 tahun..kebetulan saya pun dah pregnant masa tu..masih diawal-awal kehamilan..kebetulan masa tu stay di kampung sebab husband pergi offshore..kalau sorang-sorang buat kat rumah tak tau kuat semangat ke tak..mak la yang nasihatkan suruh pisah sebab dah pregnant..bukan apa, sebab suruh rehat dan relax2 sikit bila pregnant ni kan penat, breastfeed lagi kan..

langkah pertama kena biasakan Hadif minum susu guna botol dulu sebab Hadif tak reti guna botol susu..proses ni pun ambil masa gak, kena pilih susu yang dia suka dan sesuai.. pastu kena sabar dan hari2 buatkan susu sambil pujuk2 minum susu guna botol.. kalau tak pun boleh selang-selang dan try dengan air lain dulu selain susu..ni untuk biasakan dia dengan botol susu sebenarnya..

hari first tak bagi menyusu badan tu dia ok, minum air lain pun dia nak..yang jadi masalahnya bila tiba masa dia dah mengantuk nak tidur siang..dia menangis dan mengamuk sebab dah ngantok tapi tak boleh tidur tanpa breastfeed..kesian sangat tengok masa tu, husband tak de lak masa tu nak tolong..saya tengok, saya yang menangis..first trial tu tak berjaya sebab tak sampai hati, bagi gak kat lg kat Hadif..

kali ke-2 try mak saya suruh pergi jumpa bidan bersalin yang pandai pisahkan budak susu badan...tak tau la apa cara bidan tu buat, harap-harap tak menyalahi hukum...mula datang tu tak bawak apa-apa sebab tak tau kan...rupanya kena bawa telur, gula-gula dan daun pahit (tak ingat daun pokok apa) rasa cam pelik gak nak buat apa dengan barang-barang ni..macam lain macam je kan...rupanya gula-gula dan telur dia akan bacakan dan bila anak teringat nak menyusu, bagi gula-gula tu bg dia lupa.. dan daun-daun pahit tu bidan akan tumbuk dengan kunyit dan suruh letak kat miss B..bau nya memang tak best dan daun tu sangat la pahit...mungkin bagi bau badan kita tak best dan bila anak rasa dan tengok benda tu, anak akan geli dan tak nak menyusu lg..

proses ni memang bukan senang, tapi Alhamdulillah kali ni berjaya..malam first tu beberapa kali gak Hadif bangun dan cari susu, tapi pujuk2 dan garu-garu badannya, Hadif pun tertidur balik..dan sampai sekarang pun, memang kena garu badan sebelum tidur..ni cam sama perangai dengan papa je..hahaha.

1. Banyakkan doa moga anak senang nak pisah susu
2. Selalu pujuk dan cakap benda positif kat anak sebab 2 tahun dia dah boleh paham
3. Ibu kena bersabar dan tekad untuk kebaikan bersama

Tu je la nak share pasal pengalaman pisahkan susu ni..anak ke-dua nanti masih dalam dilema nak direct feed ke nak pam...haishhhhhh...

Sunday 1 June 2014

Penapis Air Coway


Nak pasang water filter tapi baru sekarang terpasang sebab dulu konon-konon tinggal kat KK ni jap je, tengok-tengok dah 3 tahun menetap kat sini..alang-alang dah nak ada baby baru ni, pasang la untuk kemudahan buat susu baby nanti..

Tak survey pun pasal water filter ni..dapat info dari kawan-kawan yang dah guna water filter coway ni..jalan-jalan kat Giant Nilai masa pergi rumah akak aritu, ternampak ada booth coway ni..terus la tanya-tanya dan register untuk beli..kat KK tak sempat2 nak pergi tengok..

Terasa nak beli coway ni sebab siap ada air panas dan air sejuk..memang sangat memudahkan kerja rumah..



saya pilih yang ni..namanya Petite,pilih ni sebab boleh touch je nak isi air..kapasiti 11L dalam satu2 masa..ada air panas, air sejuk dan air biasa. Senang sangat nak buat susu anak, nak masak dan buat air. Nak air sejuk tak perlu dah letak dalam peti sejuk atau buat ais lagi dah.. memang best!

Ada 2 cara sama ada bole bayar bulanan selama 5 tahun atau beli cash.. RM2880 mungkin belum masuk service lagi.. service jika beli cash RM500 untuk setahun, 2 bulan sekali diorang akan datang rumah untuk service.. jika beli bayar yang bulanan, service sebulan sekali..bila kira-kira jimat sikit beli cash..

sila-sila pilih water filter yang best ni..

Review Set Bersalin Nona Roguy


First baby dulu guna set berpantang Nona Roguy ni..bagi saya memang best dan berbaloi dengan harga..tapi still ada lagi sebab tak displin guna sampai habis berpantang..set nona roguy ni dua2 ada, untuk luaran dan dalaman juga..

Set ni mengandungi 6 barang:

Phytonatal (90 tablet)
banyak-banyak ni paling suka pil phytonatal ni..selalu ibu lepas bersalin mesti susah bila nak membuang..dan lagi satu sebab takut nak meneran lagi-lagi kalau bersalin normal kan..pil ni makan memang komfirm senang membuang dan kadang-kadang boleh tak tahan sangat sebab tak sempat ke toilet..almaklum la ibu bersalin nak jalan pun slow sangat kan..kalau boleh berlari senang la..hihi.tapi makan awal pagi, so tengahari atau petang dah rasa nak membuang..kalau makan malam-malam susah lak nak membuang tengah malam kan..

Herbanika Barut (60g krim)
Ni krim untuk sapu kat bahagian perut sebelum pakai bengkung..mungkin untuk kuruskan perut kot..

Minyak Herbanika (100ml)
minyak ni agak panas bila pakai..selalu pakai kat perut gak..bole sapu kat bahagian lain gak..

Akar Herbanika (10tbag)
ni macam teh herba..1 uncang tu bole guna banyak kali..tapi kena simpan dalam bekas tertutup dan simpan kat peti sejuk tiap kali guna..rasa teh ni ok tak la terlalu pekat dan bau herba sangat..boleh ditelan lagi..

Herbanika Lulur (100g)
Herba ni dalam botol, tiap kali nak mandi kena bancuh dengan air suam..agak-agak pekat dan tak cair sangat boleh lumur satu badan terutama dicelah-celah..senang kata satu badan la lumur dengan lulur ni..lepas pakai ni rasa kulit licin sangat..yang ni paling cepat habis masa guna tu..

Uncang Cuci Herbanika (10 tbag)
Ni pulak rupanya lebih kurang macam teh akar herbanika tu, tapi yang ni untuk mandian dan cuci yang bawah tu..rendam uncang ni dalam air suam..pun boleh guna 2,3x untuk satu uncang..bila da siap mandi dan guna lulur tu, boleh la mandi dan gosok dengan air herbanika ni...

Bagi saya set ni bagus dan lengkap..lepas habis pantang pun orang tegur nampak berseri dan slim balik..selain berpantang makan, set ni pun membantu kurangkan berat badan dan buang lemak-lemak yang tak perlu..untuk pantang kali kedua ni mesti la pilih yang ni gak..n pastinya untuk dalaman, pilih set bersalin shaklee gak..nanti saya akan review set bersalin shaklee tu lak pas berpantang nanti ye..