Tuesday, 3 June 2014

cara pisahkan susu badan anak 2 tahun

ni nak share dengan mommies semua pengalaman pisahkan Hadif dari menyusu badan a.k.a direct breastfeed..sebab Hadif dah nak 2 tahun..kebetulan saya pun dah pregnant masa tu..masih diawal-awal kehamilan..kebetulan masa tu stay di kampung sebab husband pergi offshore..kalau sorang-sorang buat kat rumah tak tau kuat semangat ke tak..mak la yang nasihatkan suruh pisah sebab dah pregnant..bukan apa, sebab suruh rehat dan relax2 sikit bila pregnant ni kan penat, breastfeed lagi kan..

langkah pertama kena biasakan Hadif minum susu guna botol dulu sebab Hadif tak reti guna botol susu..proses ni pun ambil masa gak, kena pilih susu yang dia suka dan sesuai.. pastu kena sabar dan hari2 buatkan susu sambil pujuk2 minum susu guna botol.. kalau tak pun boleh selang-selang dan try dengan air lain dulu selain susu..ni untuk biasakan dia dengan botol susu sebenarnya..

hari first tak bagi menyusu badan tu dia ok, minum air lain pun dia nak..yang jadi masalahnya bila tiba masa dia dah mengantuk nak tidur siang..dia menangis dan mengamuk sebab dah ngantok tapi tak boleh tidur tanpa breastfeed..kesian sangat tengok masa tu, husband tak de lak masa tu nak tolong..saya tengok, saya yang menangis..first trial tu tak berjaya sebab tak sampai hati, bagi gak kat lg kat Hadif..

kali ke-2 try mak saya suruh pergi jumpa bidan bersalin yang pandai pisahkan budak susu badan...tak tau la apa cara bidan tu buat, harap-harap tak menyalahi hukum...mula datang tu tak bawak apa-apa sebab tak tau kan...rupanya kena bawa telur, gula-gula dan daun pahit (tak ingat daun pokok apa) rasa cam pelik gak nak buat apa dengan barang-barang ni..macam lain macam je kan...rupanya gula-gula dan telur dia akan bacakan dan bila anak teringat nak menyusu, bagi gula-gula tu bg dia lupa.. dan daun-daun pahit tu bidan akan tumbuk dengan kunyit dan suruh letak kat miss B..bau nya memang tak best dan daun tu sangat la pahit...mungkin bagi bau badan kita tak best dan bila anak rasa dan tengok benda tu, anak akan geli dan tak nak menyusu lg..

proses ni memang bukan senang, tapi Alhamdulillah kali ni berjaya..malam first tu beberapa kali gak Hadif bangun dan cari susu, tapi pujuk2 dan garu-garu badannya, Hadif pun tertidur balik..dan sampai sekarang pun, memang kena garu badan sebelum tidur..ni cam sama perangai dengan papa je..hahaha.

1. Banyakkan doa moga anak senang nak pisah susu
2. Selalu pujuk dan cakap benda positif kat anak sebab 2 tahun dia dah boleh paham
3. Ibu kena bersabar dan tekad untuk kebaikan bersama

Tu je la nak share pasal pengalaman pisahkan susu ni..anak ke-dua nanti masih dalam dilema nak direct feed ke nak pam...haishhhhhh...

Sunday, 1 June 2014

Penapis Air Coway


Nak pasang water filter tapi baru sekarang terpasang sebab dulu konon-konon tinggal kat KK ni jap je, tengok-tengok dah 3 tahun menetap kat sini..alang-alang dah nak ada baby baru ni, pasang la untuk kemudahan buat susu baby nanti..

Tak survey pun pasal water filter ni..dapat info dari kawan-kawan yang dah guna water filter coway ni..jalan-jalan kat Giant Nilai masa pergi rumah akak aritu, ternampak ada booth coway ni..terus la tanya-tanya dan register untuk beli..kat KK tak sempat2 nak pergi tengok..

Terasa nak beli coway ni sebab siap ada air panas dan air sejuk..memang sangat memudahkan kerja rumah..



saya pilih yang ni..namanya Petite,pilih ni sebab boleh touch je nak isi air..kapasiti 11L dalam satu2 masa..ada air panas, air sejuk dan air biasa. Senang sangat nak buat susu anak, nak masak dan buat air. Nak air sejuk tak perlu dah letak dalam peti sejuk atau buat ais lagi dah.. memang best!

Ada 2 cara sama ada bole bayar bulanan selama 5 tahun atau beli cash.. RM2880 mungkin belum masuk service lagi.. service jika beli cash RM500 untuk setahun, 2 bulan sekali diorang akan datang rumah untuk service.. jika beli bayar yang bulanan, service sebulan sekali..bila kira-kira jimat sikit beli cash..

sila-sila pilih water filter yang best ni..

Review Set Bersalin Nona Roguy


First baby dulu guna set berpantang Nona Roguy ni..bagi saya memang best dan berbaloi dengan harga..tapi still ada lagi sebab tak displin guna sampai habis berpantang..set nona roguy ni dua2 ada, untuk luaran dan dalaman juga..

Set ni mengandungi 6 barang:

Phytonatal (90 tablet)
banyak-banyak ni paling suka pil phytonatal ni..selalu ibu lepas bersalin mesti susah bila nak membuang..dan lagi satu sebab takut nak meneran lagi-lagi kalau bersalin normal kan..pil ni makan memang komfirm senang membuang dan kadang-kadang boleh tak tahan sangat sebab tak sempat ke toilet..almaklum la ibu bersalin nak jalan pun slow sangat kan..kalau boleh berlari senang la..hihi.tapi makan awal pagi, so tengahari atau petang dah rasa nak membuang..kalau makan malam-malam susah lak nak membuang tengah malam kan..

Herbanika Barut (60g krim)
Ni krim untuk sapu kat bahagian perut sebelum pakai bengkung..mungkin untuk kuruskan perut kot..

Minyak Herbanika (100ml)
minyak ni agak panas bila pakai..selalu pakai kat perut gak..bole sapu kat bahagian lain gak..

Akar Herbanika (10tbag)
ni macam teh herba..1 uncang tu bole guna banyak kali..tapi kena simpan dalam bekas tertutup dan simpan kat peti sejuk tiap kali guna..rasa teh ni ok tak la terlalu pekat dan bau herba sangat..boleh ditelan lagi..

Herbanika Lulur (100g)
Herba ni dalam botol, tiap kali nak mandi kena bancuh dengan air suam..agak-agak pekat dan tak cair sangat boleh lumur satu badan terutama dicelah-celah..senang kata satu badan la lumur dengan lulur ni..lepas pakai ni rasa kulit licin sangat..yang ni paling cepat habis masa guna tu..

Uncang Cuci Herbanika (10 tbag)
Ni pulak rupanya lebih kurang macam teh akar herbanika tu, tapi yang ni untuk mandian dan cuci yang bawah tu..rendam uncang ni dalam air suam..pun boleh guna 2,3x untuk satu uncang..bila da siap mandi dan guna lulur tu, boleh la mandi dan gosok dengan air herbanika ni...

Bagi saya set ni bagus dan lengkap..lepas habis pantang pun orang tegur nampak berseri dan slim balik..selain berpantang makan, set ni pun membantu kurangkan berat badan dan buang lemak-lemak yang tak perlu..untuk pantang kali kedua ni mesti la pilih yang ni gak..n pastinya untuk dalaman, pilih set bersalin shaklee gak..nanti saya akan review set bersalin shaklee tu lak pas berpantang nanti ye..

Friday, 30 May 2014

birthday Hadif 2 tahun

ni pun birthday celebration yang lepas masa 27 Febuari 2014 sempena Hadif 2 tahun..masa tu papa outstation kat KL, jd decide buat kat rumah akak ipar memandangkan birthday Aniq bulan febuari gak..sambut sama2..
kelakar dan seronok sangat sebab sambut dengan family..kecoh satu rumah..dan meriah sebab ramai budak..

ni Mia,Aniq,Akid dan Hadif..



menu bihun sup dan sate!


kek banana coklat secret resepi disponsor oleh ucu..Hadif suka sangat kek ni n makan banyak kek ni..

Hadif dah big boy 2 tahun..jap lagi dah nak jadi abang..moga2 Hadif jadi anak soleh berjaya dunia dan akhirat..mama sayang anak first mama ni! happy ke sedih ke, Hadif la yang paling sentiasa ada kat mama sebab papa selalu outstation..syukur pada Allah atas kurnia-Nya..


Hadif 2 tahun!!

tapi tak kuarkan apa-apa pun sebab kak ipar tak mau, saya beli belon helium je..ni cari kat kedai birthday area taman melawati..semua barang birthday ada..

Party Heaven
No 316, Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
012-629 5545/ 016-247 4942

Facebook:Party Heaven
Business Hours: Tuesday-Saturday 10.30am-7.30pm Ahad 12.30-6.30pm


review baby bullet blender

Baby bullet blender ni memang best bila nak buat atau sediakan makanan baby..kalau guna blender yang sedia ada kat rumah takut pedas pulak makanan baby tu campur-campur dengan blender lain kan..

bekas-bekas yang ada tu senang nak frozen kan makanan baby untuk buat stok..ibu bekerja selalunya akan buat cmtu untuk jimatkan masa dan buat sekali banyak..baby bullet ni ada 2 bahagian 1 untuk sediakan makanan, satu lagi untk simpan makanan dalam peti sejuk supaya makanan baby tu tahan lama..

bukan susah pun nak buat makanan baby..steam buah2 yang anda suka, pastu blend..siap untuk suap kat baby..

tak de bahan perisa tambahan dan yang penting sihat dan bersih untuk baby! yang lagi best ada buku resepi baby yang sesuai dimakan mengikut peringkat umur baby..ada kartun smile tu memang comel dan lagi semangat ibu2 nak buat makanan baby sendiri..hihi.

kalau nak tengok cara guna dan video boleh tengok kat sini ya baby bullet




Product Includes:
1 x High Torque Bullet Base with Malaysian Plug
2 x Stainless Steel Blades
1 x Batch Bowl
1 x Short Cups
1xSpatula
1x Batch Tray
1x Batch Tray Lid
6xDate-dial storage cups
1xUser manual and cookbook
1xPocket nutrition set
1xStorage tray
1xStay-fresh tiny
total 16pc set
The Baby Bullet has all the power and convenience of the Original Magic Bullet, but is specially designed to make delicious, healthy baby food. With the all-new Baby Blend Blade, you can make and store fresh foods that are perfect for every stage of development.
This set includes: a high-torque power base, two stainless steel blades, a three-piece batch bowl, a short cup, a spatula, a batch tray with lid, six date-dial storage cups, a stay-fresh resealable lid, a storage tray, a user manual and cookbook and a pocket nutritionist.
Number of Speeds: 1
Includes: Chopper, Freezer Storage Trays, Mixing Cup, Jar Bottom Cap, Recipe Book, Instruction Manual, Chopping Blade, Blending Blade
Material: Stainless Steel, Metal, Plastic
Care and Cleaning: Dishwasher Safe Parts



Nak order atau sebarang pertanyaan, boleh whatssapp saya 011-19801094..Harga RM170 FREE POSTAGE!!!


Thursday, 29 May 2014

surprise birthday papa

sebenarnya ni birthday tahun lepas punya..saje nk masuk gak kat blog sebagai kenangan..beli kek baskin robin bukan main pilih yg cantik, sekalinya cair dahhh..tak boleh lama2 kat luar..masa ni buat surprise n buka siap letak kek kat dapur..cair sebab dah hidupkan lilin awal2..so kalau beli kek aiskrimcmni nak guna baru kuarkan dari peti sejuk ya..


ni buat kat umah akak celebrate dgn family..


hadiah birthday yang dirasmikan oleh hadif..dah la terbalik pakai..kasut futsal adidas..

Tuesday, 27 May 2014

jual telekung lycra cantik warna-warni dan al-quran digital online

hahhhhh..ramadhan dah nak dekat ni..mari buat persediaan nak puasa, terawih dan baca al-quran..ganti telekung lama dengan telekung warna-warni yang kainnya sedap, tak berat, sejuk dan cantik mata memandang..warna terang, soft, gelap pun ada..pilih je mana nak..harga murah lak tu..sepasang RM60, kalau beli 2 atau lebih boleh dapat SPECIAL PRICE..COD KL, Sepang, Putrajaya.. tapi pos pun senang je, terus sampai rumah..

Bukan untuk dewasa je tau..nak matching dan sama warna dengan anak pun boleh..mesti cute!

Sila-sila lawat fanpage facebook adik saya ni Ct NawalHusna Shop..



Pakej Lengkap
1x Al-quran Digital
4x Buku Percuma
-Haji, Umrah
-Kamus/Dictionary
-Hadis
-Mukaddam
-Index

6x Buku Iqra
-Iqra 1
-Iqra 2
-Iqra 3
-Iqra 4
-Iqra 5
-Iqra 6

1x Pen Digital
1x Charger
1x Kad Jaminan

*Kelulusan KDN
* Jaminan 1 Tahun



Boleh wasap untuk pertanyaan 011-19801094 

cosatto carseat untuk baby



Ya Allah, ni la padahnya pergi follow instagram yang best2 barang dari UK..corak dan warna yang sangat buat orang meronta-ronta nak beli..memang jenis pantang tengok barang baby yang comel-comel ni.. =')

mula-mula tengok ni sangat la mata harus la pergi ke purple dan pink tu..comel rasa nak gigit-gigit..perkara pertama buat jatuh hati memang sebab corak dan warna nya..

lepas dah tengok-tengok review, memang recommended carseat ni, terus cepat nak order..barang dari UK ni kalau nak beli kena sabar menunggu..lebih kurang 3 bulan..bole bayar deposit dulu dan lebihnya bayar masa barang sampai Malaysia..kalau tak sabar, jangan gatai2 pergi order ya..memandangkan due pun lama lagi akhir bulan 8, jadi tak kesah la sampai bila pun..

bila part buat pilihan ni memang sangat susah..rasanya sejuta kali tenung baru buat pilihan..dah buat pilihan pun masih tak pasti lagi..tu memang biasa terjadi..masalah negara betul..


dan akhirnya............

cuddle monster cosatto moova yang menjadi pilihan!

carseat cosatto ni ada 2 jenis satu moova dan lagi satu zoomi..moova 9kg-18kg, zoomi 9kg-36kg..pilih moova sebab boleh recline 3 position..zoomi tak boleh recline tapi bole guna lama, sampai toddler pun boleh..rasanya 36kg tu dah darjah berapa la agaknya..sebab boleh recline, harap2 ok la untuk guna dari newborn..if tak boleh, baby baru pakai carrier abang Hadif dulu la..yang tu memang untuk baby punya dari newborn-12m+..

bila dah dapat nanti bulan July, saya akan buat review la pasal car seat tu best ke tak best..ohhh ya bole beli kat IG Kedai1UK ye..


memilih stroller baby yang stylo dan best

Hadif dulu pakai stroller Esprit Jet Stroller..stroller ni tak terlalu bulky dan bukan jenis buggy gak..tengah2 kot..tapi stroller ni sgt la banyak berjasa untuk kami..memang sangat menggunakannya sampai sekarang..travel, balik kampung, naik flight dan pergi shopping complex still bawa ni bersama lagi.. sangat berguna sebab kalau mengantok, Hadif terus tertidur dalam stroller.


boleh fully recline if baby tidur
boleh adjust 3 positions
basket boleh letak banyak barang

masa tu beli sekali padding ni bagi lagi empuk.. beli sebab suka design nya..

sekarang ni untuk second baby, decide untuk beli lagi satu stroller memandangkan abangnya masih guna stroller ni..nanti berebut la pulak..tak terpikir nak beli twin stroller pun sebab tak suka..besar dan bulky..

mari tengok pilihan stroller yang berkenan di hati:

1.Stokke Xplory Stroller



suka stroller ni sebab stylo dan warna semua menarik! tapi sebab bulky dan memerlukan ruang yang besar..say no to bulky stroller..plus harganya yang sangat la mencekik darah dan tak mampu nak beli..hihi.

2.Babyzen Yoyo

yang ni limited edition, tapi dah takde skang..kalau tak,suka gak dengan design yang ni..babyzen yoyo antara dalam list sebab ringan dan compact senang nak lipat dan bawa pergi travel..tapi pikir banyak kali sebab tak bole fully recline. design baru 2014 ni ada yang untuk 0-6m punya tapi asing2 la..tu yang tak jadi pilih ni..babyzen ni boleh beli yang 0+ punya, 6+ atau satu set terus..



3. Quinny Zap Xtra


dulu suka gak stroller ni, tapi lama2 tengok tak suka lak..sebab asyik tenung je lama2 boring..rangka nya pun besar sikit..kelebihan lain yang ada, boleh recline habis dan macam stroller2 lain juga..

4. Bugaboo bee





design lebih kurang macam zenyoyo tapi tak secompact zenyoyo..tapi at least bugaboo bee ni tak bulky! warna pun sangat la mencairkan hati..boleh buat ku tak tidur malam.. tau pasal stroller ni dari my best friend yang dah guna stoller ni..sangat la suka dengan warna pink tu, memandangkan boy decide warna lain..pening kepala antara kuning dan merah..last2 husband pilihkan warna merah! masih pre-order lagi bulan 7 baru sampai..tak sabar nak try! beli dari instagram uk1stopcentre..murah rm600 dari beli kat mothercare! nanti dah dapat saya tulis review lagi..

thanks suamiku sebab merealisasikan angan2 mengada binimu ini..hihi. go Bugaboo BEE!


Friday, 23 May 2014

persediaan barang berpantang dan newborn baby

untuk pregnant second ni,still beli gak barang-barang baby..baru settle 75%..yang boleh guna cam baju-baju, so tak perlu beli banyak dah..ku budget if girl nak beli barang2 pink, second ni dapat boy..Alhamdulillah, next baby pula la baby girl ye..😉

tak ke mencairkan hati kann??? hahaha.

ok mari list kan barang2 baby yang penting:

1.pakaian
untuk newborn tak perlu banyak sgt pun tak pe tapi at least ada 7 salinan cukup untuk seminggu..long sleeve 7 pasang, short sleeve 7 pasang..mitten n booties pun bole beli 7 pasang gak..bonnet 4 pun cukup..selalu saya beli size besar sikit supaya boleh pakai lama, baby cepat je membesar..beli size 3-6 pun ok..lampin bole beli untuk bedung baby..

2.Baby Cot&Tilam Baby
ada parents yang just nak tidurkan kat tilam baby je, so klu plan cmtu tak perlu la beli baby cot..dah jimat duit..masa first baby dulu belikan jenis yang playpen tu..best sebab warnanya menarik dan terang2..tapi masa tu tak de katil lagi,tidur bawah, jadi susah nak ambil baby malam2 bila nak breastfeed..sempat guna sampai beberapa bulan lagi waktu siang boleh letak dalam tu..lepas tu let go dah playpen tu sebab baby breastfeed senang tidur sama je..

untuk yang second ni saya try beli yang cot pula..one side boleh tanggalkan..kalau ikutkan boleh guna sampai baby besar sebab bole convert jadi katil next time..harap2 berguna la baby cot ni..

set tilam sekarang pun ada yang boleh tempah siap2..corak pun cantik2..tinggal pilih je..

3.set mandi
yang ni memang perlu lah..besen mandi,shampoo,body shampoo, tuala dan keperluan lepas mandi macam bedak, minyak angin, lotion, sikat

4.Pampers dan wet tissue
dua barang ni sila lah beli banyak2 sebab sangat2 perlu untuk baby sebab baby banyak poo2.. lepas menyusu, komfirm membuang..kalau pergi baby fair ke, borong banyak2 pun tak pe..pampers size new born ya nnt size S besar sangat lak..

5. breastpump, botol
ni ibu bekerja kena pilih breastpump siap2 untuk buat stok EBM..better pilih yang elektrik jimat masa dan tenaga..kalau yang manual penat tangan dan badan nak mengepam..if nak direct bf, tak perlu beli pun boleh..tp masa dalam pantang kadang2 perlukan pam untuk buang susu jika kena bengkak susu..

6. stroller dan car seat
ada baby tak nak duduk dua2 ni..jadi boleh beli lepas pantang memandangkan masa pantang pun rehat kat rumah je..if baby tak nak duduk dua2 ni,kesian la mak bapak kalau jalan2 kena dukung je..memang penat..option lain boleh try guna baby carrier.

7. keperluan mama dalam pantang
set pantang..tentu la pilih shaklee..untuk mandian atau herba2 boleh juga pilih nona roguy, ada mandian, herbal cream untuk sapu perut dan teh herba..bengkung pun boleh beli juga untuk kuruskan perut..kain batik,baju2 besar untuk senang bf baby, stoking jangan lupa!


kawan Hadif, Adam!

haaa ingat x kawan hadif yang mama jagakan jap aritu masa baby (kawan-baru-hadif).. dah besar Adam, sama baya dengan heroku..sekarang pun mama Adam pregnant yang second, dua2 sama dah nak jadi abang..happy la hadif ada kawan arini...adam good boy tak nangis pun tggal kat sini...suka main-main dengan hadif.


    



Ni la hasil Hadif main2 dengan Adam..dah dapat ku bayangkan bila adik Hadif dah besar nanti..=)

Thursday, 22 May 2014

Next Percutian Korea, Maldives

Dah lama tak membebel dalam blog ni...tiba-tiba rajin lak malam ni...semangat sebab nak update plan next percutian! kami berdua memang suka travel, tapi kena la plan betul-betul sebab kalau berjalan je, tak dapat la beli aset hidup...haha.

2 tempat yang kami teringin pergi sekarang ni ialah Maldives dan Korea! macam best je kan...tapi tak tau la bila dapat pergi sebab tengah pregnant ni...tahun depan nak pindah rumah lak...tak pe kita berangan2 and mimpi2 dulu ya..konon2 dah sampai Korea dan Maldives ni...kiki.

1. Korea!
Nami Island..fefeeling nak jd winter sonata laa..


Namsan Tower! nak gak buat love lock kat sini! eiii bestnya!




Lotte World Theme Park! indoor theme park ni mcm sooo seronok lak..




banyak lagi tempat best2 kat korea untuk dilawati..mari kumpul duit tabung dari sekarang! sehari seposen..haha. sampai ke tua tak ckup2..


2. Maldives

Maldives ni konsepnya macam pergi Mabul dulu.. saya suka pergi pulau! mandi, snorkeling, tengok laut yang biru dan cantik.. konsep percutian yang sangat disukai!








Resort 5 stars 5k-10k ye..ok nangis air mata darah dulu..

Menarik kan tempat-tempat ni..masuk 2015 punya impian la nampaknya..dapat pergi salah satu pun jadi la...

Tapi sebenarnya sebelum dua2 tempat tu, plan nak pergi Umrah..lepas tu baru la boleh pergi tempat-tempat lain..

3. Mekkah


semoga murah rezeki dan diberi kesempatan untuk pergi ke sana..Amin..

Sunday, 19 January 2014

resepi simple baked macaroni cheese

bahan-bahan:
macaroni
sos tomato prego 
bawang besar holland cincang
bawang putih cincang 
serbuk lada hitam
udang
telur
mozarella cheese

cara:
rebus macaroni sampai empuk dan toskan
tumis bawang sehingga kekuningan,masukkan udang dan telur
masukkan sos prego,cheese dan macaroni
gaul hingga rata dan masak sebentar
adjust rasa ikut selera
masukkan dalam mangkuk,taburkan mozarella cheese banyak2 atasnya
bakar pada suhu 200darjah selama 15-20minit

p/s:isi tu nak lagi sedap,letak sosej,ayam atau daging cincang,tomato,carrot pun boleh..ikut selera masing2..ni banyak bahan takde,so buat simple je la..

kalau nak yang berlapis2 cheesenya dan siap sos putih boleh tengok kat blog my resepi ni..

MY RESEPI