Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Sunday 19 January 2014

resepi simple baked macaroni cheese

bahan-bahan:
macaroni
sos tomato prego 
bawang besar holland cincang
bawang putih cincang 
serbuk lada hitam
udang
telur
mozarella cheese

cara:
rebus macaroni sampai empuk dan toskan
tumis bawang sehingga kekuningan,masukkan udang dan telur
masukkan sos prego,cheese dan macaroni
gaul hingga rata dan masak sebentar
adjust rasa ikut selera
masukkan dalam mangkuk,taburkan mozarella cheese banyak2 atasnya
bakar pada suhu 200darjah selama 15-20minit

p/s:isi tu nak lagi sedap,letak sosej,ayam atau daging cincang,tomato,carrot pun boleh..ikut selera masing2..ni banyak bahan takde,so buat simple je la..

kalau nak yang berlapis2 cheesenya dan siap sos putih boleh tengok kat blog my resepi ni..

MY RESEPI


Friday 17 January 2014

Memilih susu Formula untuk anak yang menyusu badan 2 tahun

Memandangkan Hadif dah nak 2 tahun dan mama pun dah positif preggy, kami decide untuk ajar Hadif minum susu guna botol susu..

Memang selama ni cuma breastfeed je so memang jahil la pasal formula milk ni..dari segi brand apa yang bagus,flavor dan khasiatnya..memang zero! tanya2 kawan,ada la yang suggest kan susu-susu bagus untuk anak mereka (Dumex Mamex,S2 Gold, Enfagrow dan lain2)

Mula-mula nak try tu,tak decide pun nak susu apa..papa Hadif pergi shopping groceries dan balik bawa susu Dumex Dugro yang flavor honey..sebab nak try,so tak kesah la brand apa pun,yang paling penting nak try jangan beli yang pek besar terus,nanti anak taknak,membazir lak tak de yang minum.

Dugro Dumex (honey)




yang ni rasa dia sedap dan manis mungkin sebab madu+kurma..mula-mula try memang ambil masa sebab Hadif tak reti minum guna botol..kebetulan mak mertua datang rumah seminggu masa tu, jadi Maktok la yang train Hadif sikit-sikit minum guna botol..kalau mama nya datang,cepat-cepat buang botol dan susu dengan mama..

lama-lama dia ok dengan susu ni especially time jalan-jalan kat shopping complex..satu botol penuh habis dia minum tanpa sedar..lagi laju dia minum berbanding kalau kat rumah..

bila dah habis susu ni, plan cam nak try susu brand lain..kononnya cam buat experiment la tengok sama ada Hadif jenis memilih susu atau tak..

so kali ni try susu yang tak de flavor..so try sustagen junior lak..


Sustagen Junior














haha..pilihan yang salah..memang Hadif totally tak suka susu ni..tiap kali beli susu tu mama pun rasa sekali,yang ni memang terasa kesusuan nya..rasannya lebih pekat dan creamy..tu yang buat Hadif tak suka..lagi dia kerap nak susu dengan mama je sebab dia tak suka susu ni..

Tak sempat habis lagi,kami plan tukar susu lain..yang penting berperisa..kawan suggestkan enfagrow honey,dia kata anak-anak terus suka bila bagi susu tu..so pergi kedai dan beli susu baru..harap-harap pilihan yang tepat kali ni..


Enfagrow A+



Pilihan ke-3 ni macam paling ok je..Hadif pun nak dan suka susu ni..tp kadang2 kalau dia tak nak, saya campur dengan sedikit milo..lepas ni mungkin continue dengan susu ni je..

Sebenarnya saya tak kisah sangat pasal susu ni mahal or murah..sebab dah bagi mealshake+omega guard Shaklee untuk Hadif..semua vitamin ada dalam tu..tinggal campur kat susunya je..

Tuesday 14 January 2014

Jalan-jalan Langkawi: Shopping Coklat, Alatan Dapur dan rumah

2 tempat yang selalu orang pergi ialah di Haji Group Ismail dan Idaman Suri di Pekan Kuah...harga kat semua tempat sama je kami survey...satu mall tu,semua ada...macam-macam brand ada dan murah sebab duty free..

banyak betul mereka borong kat sini...kami shopping untuk keperluan je memandang dapur pun tak luas...nanti pening kepala,takde tempat nak simpan barang-barang...bagi penggemar coklat,macam-macam coklat kegemaran bole beli dengan harga yang murah di sini...

Ada satu je gambar ambil..tempat tersusun antara satu sama lain..senang nak shopping...barang-barang best untuk dishopping ialah coklat,t-shirt langkawi,pinggan mangkuk,barangan dapur...untuk yang pindah rumah baru,memang seronok shopping kat sini..


Jalan-jalan Langkawi:Wildlife Park

tiket masuk sini murah hanya RM15 dewasa,bawah 2 tahun percuma...ni tempat paling Hadif suka...untuk budak umur 2 tahun yang baru nak kenal dengan binatang...dia suka bagi makanan kat binatang...
makanan RM6 macam-macam makanan untuk bagi kat binatang...paling lama,kat tempat burung...burung tu comel-comel dan seronok bagi makanan...
bagus sebab ada laluan berbukbung,memang sure tak panas cam zoo lain,binatang pun banyak...





Jalan-jalan Langkawi:tempat makan sedap dan patut cuba

kami dapat info ni dari blog juga..boleh check di atcontent.com (tempat makan best di langkawi)

tak semua tempat,sempat kami try,dan ada tu tutup je sebab kebanyakannya hari Jumaat dan Sabtu kedai ni tutup...bukan rezeki dapat try semua...

yang kami sempat pergi dan memang sedap ialah:

1.Jai Cafe
yang ni memang sedap,menu simple tapi sedap!ada western dan masakan panas...Jai Cafe ni kat Pekan Kuah,berdekatan dengan Haji Ismail Group,sebelah bank..kami lunch disini...5 minit je dari Bayview Hotel...


2.Laksa Power berdekatan Airport

kedai ni sempoi,kedai van yang bawa makanan dan park di tepi jalan,dengan tempat makan pemandangan laut...petang2 syiokkk layan...laksa nya memang best!kalau dari airport,simpang 3 amik kiri ke arah Chenang,selepas Pulapol


3.Dinner di Haji Ramli pantai Chenang

ni salah satu yang dicadangkan,tapi bagi kami biasa je,tak kena dengan selera tekak. ikan stim pedas sangat yang memang berasap telinga, tomyam masam sangat dan kurang balance, sayur kailan pun biasa je...ada ikan bakar juga,mungkin sedap kot...yang best nya kat sini,ada cam ala-ala band nyanyi kat depan restoren ni,memang layan...


    

4.Nasi Ayam Pak Ya di pekan Kuah

sangat la ramai orang makan kat sini..masa pergi first tu pukul 3,dah licin dan nak tutup kedai ya...sanggup la return dan nak try kat sini..tapi tak tahu la apa yang special nya...bagi kami tak berapa pun...memang lain sebab ayam nya digoreng dan guna sambal kicap...totally bukan selera tekak...


Wan Thai tu macam sedap tapi asyik tutup,tak sempat kami mencuba...restoren tu besar dan macam selesa...restoren ni di pekan Kuah juga...

Lagi satu yang nak pergi tak jadi pergi sebab saya kepenatan...balik hotel terus tidur...nak pergi dinner kat Restoren Nelayan..so tak dapat la komen 2 tempat ni...



Jalan-jalan Langkawi:Island Hoping-Beras Basah Island,EagleFeeding,Dayang Bunting

Island Hoping ni termasuk melawat 3 pulau...Seorang RM40 untuk island hoping ni...

   
First,pergi Beras Basah Island...mostly tak mandi kat sini,just melawat dan ambil gambar je...bagi masa 40minit di setiap pulau...


Second pergi bagi makan helang...kat sini memang banyak helang,bila pemandu boat tu bagi makanan,helang-helang akan turun ambil makanan...




Last sekali pergi Dayang Bunting...Tasik ni ada Pulau yang membentuk macam orang mengandung...tempat mandi nya disebalik pulau,kena jalan jauh sikit dan naik tangga...untuk orang tua dan ada baby, penat sikit la nak bawa...tapi papa la jadi hero,saya bawa diri sendiri pun penat..haha




pukul 1 dah siap dan boleh balik rehat di hotel...dari hotel ke jeti,ada orang akan pick-up... 

Jalan-jalan Langkawi:Pilihan Hotel di Bayview

mula-mula tu kami dapat package yang dari MAS Holiday ni di Bella Vista, tapi kami decide untuk tukar ke Bayview Hotel sebab rating nya pun ok...

Biasanya orang akan pilih antara hotel di Pantai Chenang atau di Pekan Kuah..pantai Chenang lebih happening dan malam-malam ramai orang cuma rate nya lagi mahal..boleh juga pilih resort di tepi-tepi pantai Chenang dengan harga yang berpatutan..Bayview Hotel ni di Pekan Kuah,jauh sikit dari airport berbanding Chenang...ambil masa 30minit dari airport untuk ke Kuah...tapi tak jadi masalah sebab kami sewa kereta...

service,breakfast disini ok...memuaskan...tak banyak sangat ambil gambar,ada 2 ni je...

bilik yang luas...bilik air pun luas dan selesa...

Pemandangan dari bilik...

p/s: kalau ada rezeki pergi sini lagi,kami nak duduk Chenang lak sebab dekat dengan pantai...

Jalan-jalan Langkawi:Dataran Lang di Pekan Kuah

hari first masa nak check in tu bilik belum ready, so kami decide untuk pergi jalan-jalan tengok pekan Kuah...ni bukan cuti sekolah, sewa kereta dapat la murah berbanding masa cuti sekolah...mula-mula sewa kereta auto kancil,sehari RM60,tapi owner tu bagi myvi auto dengan harga yang sama...lebih selesa la untuk kami jalan-jalan...kami dapat kereta sewa ni di www.carlangkawi.blogspot.com, owner nya Tuan Hisyam 012-4440109...sewa termurah dan servis pun bagus...

Kami terus ke dataran Lang,nak ambil gambar dengan simbolik Langkawi la kan...Helang yang besar ni...Dataran ni dekat dengan Jeti Terminal Feri...Ada tempat makan dan tempat shopping juga...

Tapi selalu orang pergi sini untuk ambil gambar dengan Helang je la...pemandangan laut yang cantik kat dataran ni...

 

 

Jalan-jalan Langkawi-Sky Cab atau Cable Car

sky cab di oriental village Langkawi Geopark...Sky Cab RM15 untuk dewasa..ni pun antara tempat yang wajib pergi di Langkawi...Sky Cab ni kat satu taman sebenarnya,cantik tempat tu tapi tak bawa ipad gambar pun kureng masa ni...tapi tempat nya memang cantik,ada kedai-kedai untuk shopping dan ada taman untuk melawat...tak jelajah satu2 kat sini...

Sunday 12 January 2014

resepi udang goreng tepung pedas

udang buang kulit
telur 1/2 biji
tepung ayam goreng Kentucky
cili padi 
bawang putih
bawang merah
butter

gaul udang dengan telur
tepek dengan tepung kentucky kat pinggan lain
panaskan 2 sudu butter kat non-stick pan
goreng udang sehingga garing
masukkan bawang merah,putih dan cili yang telah dicincang
dah garing,boleh angkat






Saturday 11 January 2014

Resepi Homemade Pizza yang Marvelous!

Dah 26 tahun hidup,tiba-tiba je terajin nak start menceburkan diri dengan membaking+pastry...cam mustahil je,ku yang malas jadi rajin...haha. mungkin sebab tengok Hadif da besar,tiap2 petang mesti paksa mama amikkan biskut or roti kat dapur sebab dia lapar...hahaha. so berangan nak buat sendiri je semua nnt...wish me luck Hadif!!

Semalam terus pergi beli oven dan first trial ialah buat pizza! haha.ni dia resepi pizza ni..tak susah pun..

Bahan-bahan doh
2 cawan Tepung Gandum
1 sudu yis
1 sudu olive oil atau butter
2/3 cawan air suam
1 sudu teh gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu tepung susu (kalau takde pun tak pe)

Cara buat doh
tepung tu letak atas papan pemotong yang bersih buat cam kawah kat tengah-tengah
gula larutkan dalam air suam, jangan guna air sejuk atau terlalu panas nanti yis mati
letak air tu kat tengah2 tepung, letak yis dan kacau
Biarkan 10minit sampai yis tu kembang
Bole la campur bahan-bahan yang lain dan uli sehingga jadi doh
Letak doh dalam mangkuk dan tekap dengan kain basah,biar doh rehat selama 40-60minit

Bahan-bahan toping
Tomato puri (saya guna sos prego)
Mozarella cheese
Lada benggala hijau dan merah
Bawang besar
Udang
Hotdog

Cara-cara buat toping:
Sapu tomato puri, susun bahan-bahan, letak sikit sos tomato pun bole..last skali cheese..toping ikut masing-masing punya citarasa anak tekak..

Pre-heat oven 190 darjah, 10minit...masa nak bakar pizza,bole la set kan 190 darjah,20minit..





Husband kata cam pizza HUT! bahahaha.kembang semangkuk!