Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 14 January 2014

Jalan-jalan Langkawi:tempat makan sedap dan patut cuba

kami dapat info ni dari blog juga..boleh check di atcontent.com (tempat makan best di langkawi)

tak semua tempat,sempat kami try,dan ada tu tutup je sebab kebanyakannya hari Jumaat dan Sabtu kedai ni tutup...bukan rezeki dapat try semua...

yang kami sempat pergi dan memang sedap ialah:

1.Jai Cafe
yang ni memang sedap,menu simple tapi sedap!ada western dan masakan panas...Jai Cafe ni kat Pekan Kuah,berdekatan dengan Haji Ismail Group,sebelah bank..kami lunch disini...5 minit je dari Bayview Hotel...


2.Laksa Power berdekatan Airport

kedai ni sempoi,kedai van yang bawa makanan dan park di tepi jalan,dengan tempat makan pemandangan laut...petang2 syiokkk layan...laksa nya memang best!kalau dari airport,simpang 3 amik kiri ke arah Chenang,selepas Pulapol


3.Dinner di Haji Ramli pantai Chenang

ni salah satu yang dicadangkan,tapi bagi kami biasa je,tak kena dengan selera tekak. ikan stim pedas sangat yang memang berasap telinga, tomyam masam sangat dan kurang balance, sayur kailan pun biasa je...ada ikan bakar juga,mungkin sedap kot...yang best nya kat sini,ada cam ala-ala band nyanyi kat depan restoren ni,memang layan...


    

4.Nasi Ayam Pak Ya di pekan Kuah

sangat la ramai orang makan kat sini..masa pergi first tu pukul 3,dah licin dan nak tutup kedai ya...sanggup la return dan nak try kat sini..tapi tak tahu la apa yang special nya...bagi kami tak berapa pun...memang lain sebab ayam nya digoreng dan guna sambal kicap...totally bukan selera tekak...


Wan Thai tu macam sedap tapi asyik tutup,tak sempat kami mencuba...restoren tu besar dan macam selesa...restoren ni di pekan Kuah juga...

Lagi satu yang nak pergi tak jadi pergi sebab saya kepenatan...balik hotel terus tidur...nak pergi dinner kat Restoren Nelayan..so tak dapat la komen 2 tempat ni...



No comments:

Post a Comment