Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Sunday 30 June 2013

Jakarta-Bandung: The Journey Begin

flight kami pukul 5.10pm..kat tiket tulis waktu sampai pukul 6.40pm..ingatkan dari kk ke jakarta sejam lebih je rupanya 6.40pm tu waktu di indonesia...beza waktu Indonesia lewat sejam dari waktu malaysia...maksudnya perjalanan 2jam 40mnit ye..sebab ingat sekejap je da nak sampai,terus rasa lama..hahaha.walhal selalu balik kl pun lebih kurang camtu gak lamanya.

sampai di airport sukarno-hatta kami solat dulu dan cari teksi..nasib baik da baca blog dan tanya officemate papa dulu,kalau tak memang kena tipu la jawapnya dengan kereta sapu..teksi yang safe kat jakarta ni namanya blue bird..jalan ke luar airport sampai jumpa teksi warna biru ye..memang kena tunggu lama sikit sebab ramai orang nak naik teksi ni,tapi lebih baik pilih yang betul-betul selamat..kalau ada orang offer-offer siap bawa kan beg tu jangan layan..bila tanya harga 350k rp walhal harga sepatutnya cuma 120k rp je..kalau tourist tak tau mesti da naik kereta tu..lagi satu teksi yang safe namanya express teksi warna putih.

di jakarta kami stay kat rumah officemate papa di Rasuna Apartmen sebab esok pagi nak gerak ke Bandung..Rasuna ni dekat dengan Mall dan tempat makan..

Kami dinner dulu di Plaza Festival disitu banyak makanan yang best..kami try di restoren baso malang karapitan (BMK)..rate teksi kat jakarta ok...kalau dekat2 tu baru RM3-5...

Ok sambung next entry pula perjalanan ke Bandung dari Jakarata! ^_____^



nasi goreng katsu ayam,nasi ayam kremes,bakso mini,strawbery fresh blended di BMK

kelas Shaklee Master Laila & Master Cery

bila dapat tahu Master Laila nak buat kelas,cepat-cepat book tempat..ni first time pergi..Master Laila jemput sekali kawan baik nya Master Cery dari KL..kelas ni buat di shaklee branch di KK..

kelas ni 4 jam je tapi banyak ilmu bermanfaat yang dapat dicedok..mereka sangat la baik dan humble walaupun dah bergelar jutawan..dan tak kedekut ilmu..Master Cery ni ex-Petronas,resign dan buat Shaklee full time..sampai resign sebab penangan supplement no 1 ni..=)

yang datang ni semua SID (shaklee independent distributor) yang baru..ada yang buat part time dan full time..

saya pun nak berjaya macam mereka!tapi bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..kena hadapi 50 ya dan 50 tidak dulu baru boleh berjaya macam mereka..




DO NOT GIVE UP! THE BEGINNING IS ALWAYS THE HARDEST! ^___^


Siti Rahmah Bakin
ID:951391
facebook page:Forever MOM
COD:KL,KK
011-19801094

Friday 14 June 2013

kursus pengurusan laktasi

saya ada masuk satu group kat facebook ni Support Group Susu Ibu Sabah suggested by a doctor yang wat follow up masa pregnant dulu..mostly semua sharing pasal breastfeeding kat page ni..

dah lama jadi member dalam group ni, tapi ni baru first time pergi aktiviti yang diorang anjurkan..nak pergi sebab nak kenal kawan-kawan baru kat sini...lagipun hadif memang suka kalau dapat main dengan kawan ramai-ramai..

kursus pengurusan laktasi ni buat kat klinik kesihatan putatan...dalam 10minit je dari rumah tak jauh..pagi-pagi kami gerak pergi klinik tu...

dalam kursus tu banyak la dia ajar pasal ilmu brestfeeding..antara yang menarik dan saya ingat:

~cara support miss B semasa bf yang betul adalah bentuk C bukan bentuk scissor yang selalu ibu-ibu buat termasuk la saya...hihi.
~terdapat 2 hormon dalam tubuh digunakan semasa penyusuan iaitu prolaktin dan oxitosin..pada waktu malam, hormon prolaktin adalah sangat tinggi,berfungsi untuk memberi rasa kenyang yang lebih untuk baby anda,seterusnya buat si comel tidur lena.
~lemak-lemak yang terdapat di badan termasuk lemak di miss B digunakan dalam penghasilan susu.
~saiz miss B tidak mempengaruhi banyak atau sedikit penghasilan susu sebab kelenjar susu semua ibu sama..yang menyebabkan saiz berlainan adalah lemak yg terdapat di miss B. =p
~semasa bersalin,baby digalakkan terus diberi kepada ibu kerana,apa-apa kuman yang ada pada ibu berpindah kepada baby,pada susu ibu juga la terdapat antibodi untuk melawan kuman tersebut.

suka la hadif dapat main-main dengan ramai kawan

kepenatan..tumbang sudah..

dia pun sibuk nak cakap gak..=p

hadif pelik tengok benda ni

last-last sayang...KISS!
before balik...bergambar!

Thursday 13 June 2013

mabul island vacation!

yeahh akhirnya dapat gak pergi Mabul..dah lama ye mengidam nak pergi since hadif belum wujud lagi...tapi sebab da pregnant,kena la tunggu hadif besar sikit sesuai bawa pergi pulau..kalau baby lagi takde peluang la mama nak snorkeling kan...haha.

dari kk nak ke semporna ada 2 cara either take flight to tawau,naik cab to semporna or drive 9 hours...flight 50 minutes only and dari tawau ke semporna naik cab lebih kurang 1 jam 30minit...flight da book awal...RM530 for three including hadif...cab ke semporna RM95...
pergi malam,sepanjang jalan tawau ke semporna gelap dan sunyi takde lampu jalan langsung sebab kat sana banyak ladang kelapa sawit...
Airport Tawau
sebab dah malam kami stay satu malam di sipadan inn..it is just a small room tapi semua kemudahan ada dan selesa..tu untuk tidur je sebab pagi-pagi dah nak kena gerak pergi jeti...sampai-sampai tu pergi kedai makan dulu sebab belum dinner...walhal da nak tidur tapi sebab lapar pergi la makan dulu kan...

nama jeti tu Dragon Boat...dekat-dekat situ banyak hotel boleh pilih harga pun berpatutan..kedai makan pun banyak untuk kemudahan yang stay di hotel-hotel berdekatan situ..

kami da tempah awal tempat di Mabul tu namanya Uncle Chang..officemate hubby yang recommend...kawan-kawan dia pun pergi situ gak kalau pergi Mabul...sebab murah dan berpatutan...seorang 3hari 2malam RM320 dah termasuk makan,bilik dan alatan snorkeling..

boat ada 2x pukul 8pagi dan 12tengahari...kami ambil yang 8pagi..check-out dari hotel dan jalan kaki pergi Dragon Boat..dekat je 10 minit jalan kaki..bila da pergi office Uncle Chang tu kami pun naik la boat...

pagi tu gerimis dan cuaca macam tak berapa ok...dah separuh perjalanan tu hujan lebat ye...kesian sangat hadif da la kengantukan sebab tak cukup tidur lagi,pastu basah kena hujan pula...nasib baik la dia tak mengamuk dalam tu...peluk je kuat-kuat,lama-lama dia tidur...memang habis basah semua yang naik boat tu...perjalanan dari jeti ke Uncle Chang dalam 1 jam...memang terasa macam lama sangat sebab masing-masing da kesejukan...

bila sampai tu kami terus pergi breakfast...makanan kat situ memang asal kenyang perut je ye...totally bukan selera anak tekak ku...haha.sepanjang kat situ sekali je yang sedap...masa dinner malam pertama...malam pertama?macam pelik pula bunyi nya...haha.

YB melawat kawasan =p
day 1 sebab hujan,so tunggu petang baru pergi snorkeling..tapi still gerimis gak snorkeling pun xberapa best sebab sejuk...day 1 tu just amik feeling2 snorkeling je la...haha.

Uncle Chang Resort
masa hari ke-2 doa2 hari panas...alhamdulillah tak hujan,baru boleh tengok betul-betul kehijaun dan kebiruan air laut..Mabul memang cantik!ramai tourist datang dari china dan negara lain,diorang datang untuk diving...kami ni snorkeling je la reti...haha.

budak omok get ready to swim!
harus la ambil gambar bersama kan...
budak cheeky kegembiraan dan keterujaan
crystal clear water at Uncle Chang
booooolat 3 orang!
jadual snorkeling pukul 10.30pagi dan 2.30petang...kami join dua2 sesi...penat memang penat tapi seronok sebab ikan dan coral nya cantik-cantik...tapi takde underwater camera,kalau ada boleh la amik gambar yang cantik dari dalam...selain pulau Mabul,ada gak sesi pergi pulau Kapalai pukul 11.30pagi tapi kami tak pergi sebab nak berehat...almaklum la snorkeling sambil bawa hadif...hadif pun turun sekali...beli yang neck float tu,papa pegang badan dan kaki nya...kalau pakai neck float tu jadi dia tak boleh minum air laut,dan kami pun boleh snorkeling...kalau yang float masuk kaki je,selalu dia macam nak keluar ke air,so tu lagi bahaya...neck float ni lagi bagus...

budak-budak ni dah tak heran mandi laut..haha. #bajaulaut

nice!

peace..

Snorkeling!

sementara papa&mama pergi snorkeling,Hadif good boy duduk kat bot..haha

papa menggeletis..
ni depan bilik bagi hadif berenang lama-lama
Uncle Chang ni resort atas air,sebelah tu ada perkampungan orang bajau laut...kerja nya nelayan tangkap ikan...diorang akan jual ikan-ikan dan seafood kat tourist yang stay kat resort berdekatan...kami sempat beli ketam dan suruh tukang masak kat Uncle Chang tu masak...memang fresh!sodap sangat isi manis...upah RM10 untuk masak banyak mana pun...lunch esoknya kami beli lagi tapi beli ikan kerapu pula...pun sedap gak!kena bargain dengan nelayan tu kalau tak dia bagi harga mahal...2 ekor ketam kami beli RM5 je...ikan kerapu 3 ekor saiz sederhana RM 10...berbaloi!

apa ketam ni buat?ewah...ewah...
nasib baik sempat berkissing before masuk perut kami..hahaha.
Resort Uncle Chang ni ok comfort bilik nya...tapi dia ada yang dorm,bilik rapat-rapat dan bilik satu-satu...jangan pilih yang dorm sebab tak ok dan bilik air kena share..kami dapat bilik paling belakang sekali jauh dari tempat makan...kurus jap masa tu...haha.depan bilik kami tu tengah ada renovation nak buat bilik baru...so pemandangan cam tak berapa best sangat...kalau pergi situ better pilih bilik yang second line...pastu last night tu hujan dan angin kuat sangat...rasa cam nak tercabut bilik tu takut...hubby cakap,platform yang besar pun memang rasa camni gak bila angin kuat,In Sya Allah tak ada apa-apa ni...baru la lega sikit hati...hahahaaha.
jeti dan tempat makan
ni jalan-jalan kat tepi pantai
ni resort lain..pergi tanya harga RM500 ye seorang per night...nice place but expensive sesuai dengan rupanya.


ok banyak pulak membebel entry kali ni...hahaha sikit je lagi...

last day balik amik kereta exora dari jeti pergi bandar tawau RM120...ada pakcik dekat jeti tu yang offer kereta abang dia...di Tawau kami pergi cari pisang goreng cheese selalu orang-orang kata sedap...bila try.......memang sedap!kenapa la kat KK takde camtu..sedap sangat tak pernah lagi makan pisang goreng camtu.banyak lagi makanan best2 di tawau tapi tak sempat nak buat JJCM.next time nak datang lagi ke tawau...lagipun survey2 hotel kat tawau murah2...




sementara nak tunggu flight kami malam,stay kat satu hotel ni RM50 je sebab nak stay sekejap sangat untuk rehat dan bersiap...lepas da tidur bersiap untuk balik KK..

vacation yang awesome!

tips:
1.book tiket flight awal..kalau ada promotion dapat murah,save budget.
2.bawa pakaian yang ringan dan mudah untuk di bawa.
3.kalau stay di Uncle Chang pilih bilik yang second line.tu yang paling selesa.
4.makanan kat situ 3/10..so bawa better makanan lain.
5.stay 2hari 1malam pun da cukup sebenarnya..it's up to you.

we are here @ Mabul Island!










Monday 10 June 2013

how to edit your blog!

tiba-tiba dah bosan dengan template blog yang lama,so merajinkan diri search blog designer how to................your blog.type je kat google nanti keluar la step by step diorang ajar.banyak-banyak blog,saya suka satu blog ni dia ajar macam-macam pasal blog and senang untuk difahami.kat blog ni dia ada bagi free template untuk blogger.kalau tak nak edit sendiri,terus je guna free template tu pun cun gak.


pastu kalau nak doodle yang comel-comel yang macam saya guna untuk header ni,boleh pergi kat blog brother ni..dia baik hati sangat bagi free doodle...hihihi.mesti stop lama kat blog tu sebab memang doodle dia cute miut!


banyak nak share tapi tak reti nak ajar satu-satu..just check kat blog atas tu..slow-slow kena fahamkan dulu..nanti dah faham gerenti korang kata "senang  je rupanya"...hihihi.

Friday 7 June 2013

voucher reward Parkson for credit card Maybank

siapa yang ada credit card maybank,boleh la check point korang da ada berapa...kalau da bertimbun boleh la pergi redeem voucher or barang di Parkson...hubby punya credit card sebenarnya...i ni mana la pandai bercredit card bagai kan...hahaha.

mostly point datang dari isi minyak kat petronas...pergi check,so dapat la voucher RM550..mula-mula macam nak beli barang elektrik,tapi tak tau nak beli barang apa...so lastly beli swimming suit untuk pergi Mabul...yeahhaaa dapat shoping swimming suit baru!bukan bikini ye...hihi.dapat beli untuk papa,mama dan hadif sekali...tapi kena tambah sikit lagi sebab tak cukup...

Happy Mode! ^_______^

Arena dan Ogival cun!...nasib baik jumpa yang berkenan...

ikan siakap stim limau

simple dan mudah rupanya...tak payah stim,rebus je...sedap gak cuma isi ikan tak sesedap kalau distim...

bahan-bahan seperti dalam gambar:
~ikan siakap
~2 labu bawang besar
~halia
~5-6biji limau
~3biji tomato


cara-cara:
~panaskan sedikit minyak
~goreng bawang dan halia sampai warna kekuningan
~masukkan 2 cawan air
~dah mendidih masukkan ikan dan air perahan limau
~masukkan sos tiram,garam dan serbuk pati knorr sehingga rasa nya sodap!
~bila ikan da lembut,boleh la matikan api...

as simple as ABC!sekejap sgt tak tipu!makan dengan nasi panas-panas marvelous!

selamat mencuba!
 

Thursday 6 June 2013

Discover SABAH

Dulu mase first time pindah sini...selalu berkata-kata dalam hati..
"apesal la aku kena duduk sini?boring la" 

and keep asking my husband 
"bila kita nak pindah Semenanjung?bila kita nak pindah Semenanjung?"  

hahaha..tu masa belum tahu apa yang menarik ada kat Sabah ni..orang kata,Tak Kenal Maka Tak Cinta..memang betul la pepatah tu..bila da lama-lama duduk sini rasa seronok pula sebab banyak tempat-tempat menarik rupanya kat Sabah ni..hahhh kan da jatuh cinta...kalau husband baca ni mesti dia gelakkan ni...hahaha.

banyak lagi tempat yang saya belum lawati...sebelum pindah semenanjung nanti,saya akan takluki semua tempat-tempat ni...cewahh takluki siap...

setakat ni yang da penah pergi Gunung Kinabalu (Kundasang dan Ranau)...da 4x pergi sana termasuk masa Honeymoon sebelum pindah sini pun pergi situ gak...selain tu pernah pergi kudat the tip of Borneo...Semporna snorkeling di Mabul...Tawau makanan sedap-sedap..Kota Klias tengok kunang-kunang...Naik keretapi ke Beaufort...Pulau Tunku Abdul Rahman (Manukan,Mamutik,Sapi)..dan semestinya jalan-jalan di bandar KK ni..yang menarik kat sini selalu orang pergi Tanjung Aru beach,pasar Filipin, music fountain di perdana park, observatory hill tower...

Lepas ni rasa nak pergi tawau lagi sebab tak sempat rasa semua makanan yang sedap-sedap kat situ..next time nak drive pula pergi sana supaya boleh singgah banyak tempat macam Sandakan,Lahad Datu dan banyak lagi..Labuan pun tak pernah pergi lagi..tak sabarnya nak pergi semua tempat!

saya akan share tempat-tempat yang saya pernah pergi dalam blog ni ye...

till then,
mamarayhanhadif