Tuesday, 3 June 2014

cara pisahkan susu badan anak 2 tahun

ni nak share dengan mommies semua pengalaman pisahkan Hadif dari menyusu badan a.k.a direct breastfeed..sebab Hadif dah nak 2 tahun..kebetulan saya pun dah pregnant masa tu..masih diawal-awal kehamilan..kebetulan masa tu stay di kampung sebab husband pergi offshore..kalau sorang-sorang buat kat rumah tak tau kuat semangat ke tak..mak la yang nasihatkan suruh pisah sebab dah pregnant..bukan apa, sebab suruh rehat dan relax2 sikit bila pregnant ni kan penat, breastfeed lagi kan..

langkah pertama kena biasakan Hadif minum susu guna botol dulu sebab Hadif tak reti guna botol susu..proses ni pun ambil masa gak, kena pilih susu yang dia suka dan sesuai.. pastu kena sabar dan hari2 buatkan susu sambil pujuk2 minum susu guna botol.. kalau tak pun boleh selang-selang dan try dengan air lain dulu selain susu..ni untuk biasakan dia dengan botol susu sebenarnya..

hari first tak bagi menyusu badan tu dia ok, minum air lain pun dia nak..yang jadi masalahnya bila tiba masa dia dah mengantuk nak tidur siang..dia menangis dan mengamuk sebab dah ngantok tapi tak boleh tidur tanpa breastfeed..kesian sangat tengok masa tu, husband tak de lak masa tu nak tolong..saya tengok, saya yang menangis..first trial tu tak berjaya sebab tak sampai hati, bagi gak kat lg kat Hadif..

kali ke-2 try mak saya suruh pergi jumpa bidan bersalin yang pandai pisahkan budak susu badan...tak tau la apa cara bidan tu buat, harap-harap tak menyalahi hukum...mula datang tu tak bawak apa-apa sebab tak tau kan...rupanya kena bawa telur, gula-gula dan daun pahit (tak ingat daun pokok apa) rasa cam pelik gak nak buat apa dengan barang-barang ni..macam lain macam je kan...rupanya gula-gula dan telur dia akan bacakan dan bila anak teringat nak menyusu, bagi gula-gula tu bg dia lupa.. dan daun-daun pahit tu bidan akan tumbuk dengan kunyit dan suruh letak kat miss B..bau nya memang tak best dan daun tu sangat la pahit...mungkin bagi bau badan kita tak best dan bila anak rasa dan tengok benda tu, anak akan geli dan tak nak menyusu lg..

proses ni memang bukan senang, tapi Alhamdulillah kali ni berjaya..malam first tu beberapa kali gak Hadif bangun dan cari susu, tapi pujuk2 dan garu-garu badannya, Hadif pun tertidur balik..dan sampai sekarang pun, memang kena garu badan sebelum tidur..ni cam sama perangai dengan papa je..hahaha.

1. Banyakkan doa moga anak senang nak pisah susu
2. Selalu pujuk dan cakap benda positif kat anak sebab 2 tahun dia dah boleh paham
3. Ibu kena bersabar dan tekad untuk kebaikan bersama

Tu je la nak share pasal pengalaman pisahkan susu ni..anak ke-dua nanti masih dalam dilema nak direct feed ke nak pam...haishhhhhh...

2 comments: