Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday 17 July 2013

ikan merah masak kari

saya jumpa satu resipi dan petua nak masak kari ala-ala penang a.k.a mamak ni dari blog akak ni..saya bukan penggemar tegar kari dan tak berapa pandai masak kari..teruknya kari pun tak pandai masak??hahaha..bukan la tak tau langsung sampai kari jadi sup pula kan..jadi la kari tapi tak se"kaw" kalau guna resepi ni..serius tak cari kari mamak lagi lepas ni...hahaha.ok jom tengok resepinya..

bahan-bahan:
ikan merah
1 biji bawang besar
6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 batang cili hijau
1 inci halia
1 sudu besar beras disangai
1 sudu besar campuran rempah iaitu biji sawi,halba dan jintan putih
3 sudu besar cili boh
50g serbuk kari babas
200ml santan pekat
3 biji tomato
segenggam daun kari

cara-cara:
1.cuci ikan dengan asam jawa atau beras untuk hilangkan bau hanyir.
2.tumbuk halus campuran rempah.
3.tumbuk halus beras yang telah disangai keperangan.
4.hiris halus bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia.
5.panaskan minyak dan tumis kesemua bawang dan halia sehingga layu.
6.masukkan daun kari dan beras yang ditumbuk.
7.masukkan pes kari yang dilarutkan dengan santan cair dan garam.
8.masukkan pes cili boh dan tumis sehingga masak dengan api sederhana supaya tidak hangus.
9.masukkan santan dan tambah air jika kurang.
10.bila da mendidih masukkan ikan merah tunggu sehingga ikan masak.Tambah garam dan serbuk knorr sehingga rasanya sedap.
11.boleh la masukkan cili hijau potong 3 guna tangan dan jangan lupa masukkan juga tomato.
12.kecilkan api dan tunggu sehingga keluar sedikit minyak.

so siap la kari ikan yang sedap sehingga menjilat jari.hahaha.saya rasa yang buat kari ni pekat sebab tambah beras sangai tu..memang jadi!meletop!



No comments:

Post a Comment