Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Saturday 6 July 2013

Bandung:Kawah Putih, Ciwidey, Jalan Dago bersama supir

breakfast dulu di Pop Hotel sebelum bergerak..sedap beakfast kat sini walaupun just satu menu je tapi sedap..ni namanya nasi kuning..before tu nasi merah..sedap!

depan hotel Pop,sebelah tu ada mall namanya Festival Citylink Mall

Kawah Putih ni jauh sikit dari bandar Bandung,lebih kurang 2 jam untuk sampai..so kami ambil perkhidmatan supir untuk sehari..boleh book supir di sini hayuka bandoeng kami pm je di facebook, murah dan flexible time boleh sampai pukul berapa pun..sehari 375k rupiah total sehari..ni paling murah yang kami survey...yang lain 600k rp-700krp...

Kawah Putih ni belerang sebenarnya hasil dari gunung berapi yang da tak aktif..sebab belerang tu kot buat air kat kawah tu jadi putih..memang cantik pemandangan nya cuma tak tahan dengan bau belerang...kalau lama-lama boleh pening dan muntah...sekejap je melawat kawasan ni tapi sebab da sampai Bandung,kena la pergi melawat tempat utama nya kan walaupun takde apa-apa sebenarnya kat sini...














sebelum sampai kawah putih ni,singgah di ladang strawberry..ingatkan ladang besar rupanya kecil je..tapi ok gak sebab tak pernah petik strawberry..sedap gak masam-masam manis..beli sekilo RM15...murah!tak abis siap bawa balik rumah buat jus dan makan dengan oat..haha.






lunch set nasi ayam brangsek..brengsek tu maksudnya kurang ajar!hahaha..memang sedap dan pedas!

pastu on the way balik tu singgah di kilang buat kain dan telekung..sebenarnya kilang nya jauh,yang ni rumah untuk buat simpan stok2 sebelum jual secara borong dengan peniaga..kat situ lagi murah dari Pasar Baru...cuma masa kami pergi da tak banyak choice sebab da diborong dengan orang singapore..tapi sempat la kami grab souvenir macam key chain,fridge magnet dan kain bahan kat rumah tu..memang murah..

pastu supir,pak cecep bawa kami tempat buat kek lapis dan brownies..orang kata brownies amanda dan kartika sari sedap,mula-mula ingat nak tempah banyak-banyak dengan cecep,tapi sebab phone tertinggal kat teksi masa pergi trans studio tu,tak sempat la nak tempah brownies sebab ..sempat la beli 2 kotak untuk kami rasa dan makan di hotel,not bad tapi bagi saya macam sedap lagi kek lapis sarawak..

malam singgah di Jalan Dago jap...di jalan Dago ni banyak factory outlets seperti Grande Factory Outlet, Central Branded Outlet, Blossom Factory Outlet, Level Factory Outlet, Glamour factory Outlet, Gossip Factory Outlet, Rafles Factory Outlets, Runway Factory Outlets...setiap outlet tu ada yang jual kasut je,baju...tak pun campur-campur...

saya sebenarnya imagin outlet di Bandung ni macam JPO sebenarnya tapi tak pun..kena pilih dan belek-belek sebab campur-campur ada yang ori dan tak..tapi kebanyakan nya tak ori kot...yang ok cuma di Rumah Mode je..

tak beli banyak di Jalan Dago cuma beli baju tidur,shawl dan t-shirt hubby di Polo Ralph Lauren outlet..lagipun dah kepenatan seharian berjalan,nak tengok lama-lama pun tak larat da kaki..

ok sambung next entry pula...

1 comment:

  1. Salam,
    Jom pegi bandung murah jer 235rm per person for 3day 2night (included hotel, transport, and entrance fee)

    Tentative Program Day1
    *Tiba di airport Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded Jeans )
    *Membeli-belah di Factory Outlet At Jalan Riau (Heritage, Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Ciater Hot Spring
    *Kebun Strawberry and tea park
    *Lunch
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc)
    *Dinner & kembali ke Hotel

    Day3
    *Check out Hotel
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    * cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *Airport transfer

    Term and condition
    *included transportation for 3day2night type kereta 7seater all included
    *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    *included entrance fee tangkuban perahu sahaja
    *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
    *minimum 6 pax *not included lunch and dinner
    *not included ticket flight and airport tax
    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    Mohd Irsan
    Whatapps / call / sms : +62 838 2178 9103 (fast response)
    Email : icanyorke@yahoo.com

    ReplyDelete