Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 28 May 2013

passport

semalam nak pergi renew passport dan buat passport hadif,tapi tak boleh lak...sebab efektif 27/5/2013,gambar passport mesti berlatarkan putih...kan sebelum ni biru...kena ambil gambar baru la nampak gayanya..

nak renew passport apa perlu bawa?
-gambar 2 keping
-salinan ic
-ic

haritu saya baru hilang ic...careless betul...rupanya tertinggal kat rumah kakak...terjumpa lepas da berbulan-bulan...

cara nak buat ic baru:
-buat report polis..
-pergi jabatan pendaftaran (kena bayar rm110 untuk hilang kali pertama dan akan berganda lepas tu kalau hilang lagi)
-lepas sebulan baru siap dan boleh ambil..

sekian...jangan hilang ic lagi ye! hihihi...

Sunday, 26 May 2013

gayang seafood restaurant

antara seafood yang sedap dan murah di kota kinabalu...terletak di tuaran 30 minit dari kota kinabalu...reatoren ni dulu di atas paya bakau tapi dah pindah kesini tepi jalan besar mungkin supaya senang orang nak datang sini...kalau tak,sebelum ni kat dalam sikit dan gelap jalan nya...

ikan-ikan dan seafood fresh di ambil dari akuarium...memang marvelous!malam ni ramai sangat orang mungkin sebab hari Keamatan..













fireflies a.k.a kunang2

semalam bertolak ke Beaufort sebab nak tengok kunang2..di Sabah,mereka sebut kelip2...stay di Beaufort sebab bawa Hadif,tengok kunang-kunang kan malam..nak balik kk 2 jam,so kami stay semalam di River Park Hotel supaya tak kepenatan..hotel bagus 9/10,dekat dengan bandar senang nak pergi makan,cuma breakfast tak disediakan kat situ...

tempat kunang2 tu namanya sungai klias..20 minit dari beaufort..lepas da rehat2,petang pergi klias...banyak tempat boleh pilih di riki dan kanan jalan..survey2 yang paling ok dan murah di Borneo Proboscis River Lodge..ramai yang pergi tempat ni korean dan mat salleh sebenarnya..kalau ikut pakej,aktiviti nya ialah petang pergi tengok monyet probiscis yang hidung panjang tu,dinner dan baru tengok kunang2..kalau pakej dalam rm100+...sebab kami nak tengok kunang2 je,rm30 seorang..yang lawak nya,kami pergi seludup masuk naik bot dulu baru bayar...pastu minta kurang dapat rm25 dan makan free...haha.

ada 3 jenis bot yang ada,jenis river cruise,double decker dan boat biasa...kami nak double decker da penuh so naik yang bot biasa muatan dalam 15 orang...tengok kunang2 tu dalam 15minit je sekitar paya bakau...memang cantik dan banyak tapi kami biasa-biasa la sebab masa zaman dahulu kala memang di kampung banyak kunang2...yang korean n chinese excited tengok kunang2 tu..hahaha.

da siap balik ke hotel semula..di area Beaufort tu tiada tempat menarik pun boleh dikunjungi...cuma kalau datang situ,boleh la cuba pau nya di kedai makan 1Malaysia...memang sangat lembut pau nya cuma inti cam pelik2 sikit...kalau inti ayam tu,dia buat ayam masak kicap...first time jumpa...hahaha..
pemandangan sepanjang lok kawi
River Park Hotel






Wednesday, 22 May 2013

breastfeeding set Shaklee 3M


untuk ibu,mama,mak,mommy,ummi semua...set optimum shaklee memang paling digemari ibu-ibu ye kerana keberkesanannya dalam menjayakan misi penyusuan ibu secara penuh untuk wanita bekerjaya ataupun suri rumah..ia bagi memastikan anak-anak mendapat semua vitamin yang bagus daripada susu ibu..walaupun anak saya dah setahun 3 bulan,saya tetap mencuba set ini juga dengan harapan yang menggunung untuk fully breastfeed him sampai 2 tahun..."late is better than never"...
jom baca kebaikan produk dalam set ni...

ESP-Energizing Soy Protein
Antara komposisi utama dalam susu ibu adalah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu..mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon,enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu, protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. ESP mebnatu memekatkan susu, memberi tenaga yang optimum..selain itu ESP juga menjadikan kulit lebih licin.genu dan anjal.

Vitalea
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan,kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak..vitalea telah dilengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi..zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah supaya tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. walaubagaimanapun disarankan tidak mengambil vitamin ini dengan air susu kera ia akan mengurangkan kadar penyerapan zat besi oleh badan...

B-Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein, anti stress (sebagai penenang), meningkatkan sistem pertahanan badan,menukar makanan glukos kepada tenaga dan membantu ibu berfikiran positif sentiasa..bila kurang stress,secara automatik dapat melancarkan penghasilan susu ibu. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan B-complex yang konsisten kerana pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada dalam tubuh ibu.. Vitamin B juga dapat menjadikan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam...

Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kadungan antibodi dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu..cuma bila anak demam,tingkatkan pengambilan vitamin C ke 2 biji sehari... dan bagi ibu yang mengalami puting melecet/luka/berdarah,ia akan mudah sembuh dengan pengambilan vitamin C...kesan lain kulit makin bersih, cerah dan cantik sebab ia membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik..

Alfalfa
Merupakan supplement penting untuk penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.. Namun pengambilan dan keberkesanannya pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya memerlukan 2 biji sehari,4 atau 6 biji sehari untuk penghasilan susu yang optimum bergantung kepada individu..ia juag membantu perkumuhan lebih lawas dan membuang angin dalam badan seterusnya mengelakkan bayi kena kembung perut..Selain itu baik untuk meningkatkan buah pinggang kerana kelancaran proses perkumuhan. Ia juga termasuk dalam kategori fiber dan mengeyangkan..pengambilan alfalfa memerlukan minum air dengan kuantiti yang banyak..

Ostematrix
Ostematrix membekalkan kalsium untuk bina darah,tulang,gigi dan saraf dalam tubuh manusia..Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh kerana bayi yang menyusu mengambil kalsium dari ibu...jika ibu kekurangan kalsium,ibu akan mengalami risiko osteperosis,rasa sengal kaki dan tulang belakang,mudah letih dan lesu serta menampakkan garisan tua di muka..Ketika period,ostematrix dapat membantu jika susu merudum..

cara pengambilan/makan..

ESP
2 scoops ESP campur dengan minuman kegemaran anda selain minuman berkafein..diambil sebelum breakfast..
Vitalea
1 biji lepas breakfast
B-complex
1 biji lepas breakfast
Vitamin C
1 biji lepas breakfast
Alfalfa
3biji lepas lunch dan 3 biji lepas dinner
Ostematrix
4 biji sebelum tidur

Cara untuk order
fb:Siti Rahmah Bakin
page fb:forever MOM
sms/whatssapp 011-19801094

Tuesday, 21 May 2013

kebaikan GLA shaklee


seperti yang disenaraikan diatas,banyak kebaikan dari GLA ni..GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA),asid linolenik (LA),minyak bunga matahri dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk wanita monopouse..Selain ituia juga bagus untuk skin texture,skin repair dan buat skin glowing.

kebaikan GLA Complex Shaklee:
Meningkatkan kesuburan
membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
melegakan PMS
membantu menangani monopouse
menguatkan kuku dan rambut
menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
membantu menangani ekzema
menguatkan immuniti badan
memperlahankan proses penuaan
mengawal kencing manis
mengawal kolestrol
bagus untuk saraf
mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri



Monday, 20 May 2013

family day 2013

semalam first time pergi family day..kali ni buat di sabah trade center..sebelum ni tak pernah pergi lagi sebab last year balik kampung...rupanya best family day ni..sebab macam-macam aktiviti ada..makanan pun banyak...tu yang lagi suka...hihi

macam-macam aktiviti disediakan sesuai untuk family...ada booth permainan,manicure&pedicure,saloon,reflexiology,blood donation,art (inai and face painting),perlawanan paintball dan sumo...last sekali lucky draw...











Saturday, 18 May 2013

ESP

nak share sikit info pasal ESP...ESP adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

Dengan kadar pengambilan sebanyak 2-3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah-2 bulan.

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba.

kelebihan ESP:
Membantu pembentukan sel-sel baru.
Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.



Friday, 17 May 2013

shaklee card

my shaklee card arrived!i'm officially authorized shaklee distributor now...do pm me to order shaklee products...
011-19801094

idea bilik tidur tema hijau

it was so headache to choose the theme for our home...we have no idea at all...
so it's a GOOGLE time!

1.decide what is your favorite color and discuss with your partner (if have)...
2.find out as much as references you want...pictures like i got below...
3.i started with the bedroom first...we choose green theme that can gives calm effect...




4.in choosing the paint code,i refer to the nippon paint blobbies at facebook...
5.this is the final result of our bedroom...

You can either go for Spiney Green 10044T,darker shade of green and Sheer Green 1051P,lighter shade of green.



Thursday, 16 May 2013

rombongan cik kiah melawat sabah

Alhamdulillah akhirnya sampai gak my family dtg sabah ramai-ramai...dapat tiket airasia murah seorang rm98 return...memang berbaloi!seronok tak terkata dapat jalan sama-sama,gelak sakan asyik buat lawak je masing-masing...

sampai je kat rumah semua kepenatan,flight pukul 6 lebih...mesti pukul 4 lebih da kena bersiap2 pergi lcct...kesian...haha.

first day tu kami pergi snorkeling di pulau manukan...sewa satu bot RM150 (peralatan snorkeling seorang RM10)...boleh hubungi pak abu 01 untuk sewa satu bot kalau pergi ramai-ramai...Pak Abu ni ada sewakan van dan kereta gak ye...sebenarnya boleh pergi 3 pulau di sini...pulau manukan,pulau mamutik dan pulau sapi...tapi kami pergi satu pulau je...pulau gaya pun terletak berdekatan dengan pulau-pulau ni...

hari ahad kami bertolak ke kundasang...stay kat zoraini homestay satu malam...rupanya di area ranau jalan nak pergi ke ladang lembu tu banyak sangat homestay...baru tau...banyak lagi yang cantik-cantik homestay ni...hotel pun ade...hotel yang cantik area situ pine resort & heritage resort...

petang tu pergi ke Tagal Fish Spa di Ranau...tapi sungai tu baru lepas banjir,air keruh dan ikan pun takde...kecewa la nak ikan gigit-gigit kaki...sempat berposing je la kat situ...

pulang ke homestay dan bersiap untuk berBBQ...ayam dan udang da perap dari rumah...peralatan BBQ disediakan...kami bawa bahan-bahan untuk masak sekali...masak bihun goreng je malam tu...keadaan malam di kundasang sejuk sangat...air paip da macam ais sejuk nya...nasib baik ada heater untuk mandi...kalau tak komfirm tak mandi...haha.

pagi esoknya bersiap-siap nak pergi ladang lembu..dekat je dengan homestay tu..banyak sangat lembu tenusu di situ dan pemandangan pun cantik...hijau dan dekat dengan puncak gunung kinabalu...kami sempat beli fresh milk...sedap dan fresh dari ladang!

lepas tu singgah di kinabalu park...tengok check point orang-orang nak mendaki gunung dan terus pulang ke kk...

malam pergi tengok musical fountain di perdana park...pergi shopping souvenir sabah (mutiara,t-shirt, amplang kuih cincin,ikan bilis) di pasar filipihine...borong habis-habisan...hahaha.

last day pagi lepas breakfast,bawa semua pergi Jamilah pula...tempat wajib bawa ni...Jamilah ni kedai yang jual mutiara juga dari yang murah sampai yang mahal beribu-ribu mengikut kualiti dan jenis mutiara...pergi minum air kelapa dekat sebelah Kedai Kraftangan...last sekali singgah di Hard Rock shop...beli baju HR sebagai kenangan datang KK...HR ni baru buka di sini berhadapan dengan Promenade Hotel...
percutian yang sangat seronok!next year plan pergi tempat lain pula ye..






shaklee branch kota kinabalu

semalam pergi branch shaklee nak beli barang untuk diri sendiri...bila google ada 2 tempat...satu di damai dan lagi satu di lintas...ingat nak pergi yang di damai tapi cari tak jumpa...rupanya di damai tu branch lama dan pindah ke lintas...ni alamatnya...

Shaklee Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.

Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851
Hubungi : Olivia Fernandez

shaklee ni terletak di jalan pergi ke city mall...jumpa city mall belah kiri,depan lagi u-turn yang ke-2,nampak la shaklee ni di belah kanan...

akhirnya dapat gak sampai sini...dekat je rupanya dengan rumah...siapa nak order dan COD area kota kinabalu boleh hubungi saya...011-19801094...

saya beli ESP,Bcomplex dan GLA...nak beli vitamin C 100mg tapi takde stok...minggu depan baru sampai...jom order shaklee! hihi...





Tuesday, 7 May 2013

jalan-jalan ikea

sempena cuti 1mei haritu sempat singgah pergi ikea...memang ramai sangat orang time tu sebab semua cuti kan...sampai parking kat the curve pun penuh...kami travel pagi-pagi dari kk...pergi rumah abang,wedding kawan dan terus pergi ikea...memang penat sebab tak rehat dari pagi...hadif pun meragam kepenatan...kalau bawa stroller boleh gak dia tidur...kalau nak bawa baby pergi ikea ni jangan pergi time ramai orang macam hari pekerja...sesak ok...

kat ikea barang memang best2 semua section boleh pergi...susunan pun teratur senang nak tengok dan pilih barang...semua barang ada tinggal pilih je...

ni je yang kami beli...nasib baik muat masuk dalam bag...fuhhhh...barang-barang ikea cantik2 rasa nak beli semua...nasib baik la rumah jauh...hihi.

abang pun terjebak sama shopping barang-barang dan beli lagi banyak...dia lagi la semua barang-barang kat rumah beli dari ikea semua cantik!nak nangis rasa...hahaha