Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label resepi dari dapur. Show all posts
Showing posts with label resepi dari dapur. Show all posts

Sunday, 19 January 2014

resepi simple baked macaroni cheese

bahan-bahan:
macaroni
sos tomato prego 
bawang besar holland cincang
bawang putih cincang 
serbuk lada hitam
udang
telur
mozarella cheese

cara:
rebus macaroni sampai empuk dan toskan
tumis bawang sehingga kekuningan,masukkan udang dan telur
masukkan sos prego,cheese dan macaroni
gaul hingga rata dan masak sebentar
adjust rasa ikut selera
masukkan dalam mangkuk,taburkan mozarella cheese banyak2 atasnya
bakar pada suhu 200darjah selama 15-20minit

p/s:isi tu nak lagi sedap,letak sosej,ayam atau daging cincang,tomato,carrot pun boleh..ikut selera masing2..ni banyak bahan takde,so buat simple je la..

kalau nak yang berlapis2 cheesenya dan siap sos putih boleh tengok kat blog my resepi ni..

MY RESEPI


Sunday, 12 January 2014

resepi udang goreng tepung pedas

udang buang kulit
telur 1/2 biji
tepung ayam goreng Kentucky
cili padi 
bawang putih
bawang merah
butter

gaul udang dengan telur
tepek dengan tepung kentucky kat pinggan lain
panaskan 2 sudu butter kat non-stick pan
goreng udang sehingga garing
masukkan bawang merah,putih dan cili yang telah dicincang
dah garing,boleh angkat






Saturday, 11 January 2014

Resepi Homemade Pizza yang Marvelous!

Dah 26 tahun hidup,tiba-tiba je terajin nak start menceburkan diri dengan membaking+pastry...cam mustahil je,ku yang malas jadi rajin...haha. mungkin sebab tengok Hadif da besar,tiap2 petang mesti paksa mama amikkan biskut or roti kat dapur sebab dia lapar...hahaha. so berangan nak buat sendiri je semua nnt...wish me luck Hadif!!

Semalam terus pergi beli oven dan first trial ialah buat pizza! haha.ni dia resepi pizza ni..tak susah pun..

Bahan-bahan doh
2 cawan Tepung Gandum
1 sudu yis
1 sudu olive oil atau butter
2/3 cawan air suam
1 sudu teh gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu tepung susu (kalau takde pun tak pe)

Cara buat doh
tepung tu letak atas papan pemotong yang bersih buat cam kawah kat tengah-tengah
gula larutkan dalam air suam, jangan guna air sejuk atau terlalu panas nanti yis mati
letak air tu kat tengah2 tepung, letak yis dan kacau
Biarkan 10minit sampai yis tu kembang
Bole la campur bahan-bahan yang lain dan uli sehingga jadi doh
Letak doh dalam mangkuk dan tekap dengan kain basah,biar doh rehat selama 40-60minit

Bahan-bahan toping
Tomato puri (saya guna sos prego)
Mozarella cheese
Lada benggala hijau dan merah
Bawang besar
Udang
Hotdog

Cara-cara buat toping:
Sapu tomato puri, susun bahan-bahan, letak sikit sos tomato pun bole..last skali cheese..toping ikut masing-masing punya citarasa anak tekak..

Pre-heat oven 190 darjah, 10minit...masa nak bakar pizza,bole la set kan 190 darjah,20minit..





Husband kata cam pizza HUT! bahahaha.kembang semangkuk!




Sunday, 22 December 2013

resepi macaroni goreng

Macaroni ni sesuai untuk anak atau pun mak budak...haha.kalau masak ni sekali masak je dua2 boleh makan..seimbang karbohidrat,protein,sayur2 semua ada dalam ni..

rebus macaroni dan tos kan

bahan-bahan untuk dikisar:
cili kering
bawang besar
bawang putih
isi ayam

cara-cara:
1.tumis bahan yang dikisar 
2.perasa kan dengan sedikit garam,kiub ayam,sos cili dan sos tiram sedikit
2.masukkan sayur-sayuran,fishball atau fishcake
3.masukkan macaroni yang dah direbus


pasti lazat sebab ade isi ayam yg dikisar sekali dengan bahan-bahan tadi.Selamat mencuba!

Monday, 16 December 2013

nasi ayam dari #resepirumahkokping

untuk 3-4 orang

1. 6 ketul ayam direbus sehingga empuk dan masukkan 1 kiub ayam knorr.Air rebusan ayam ni akan digunakan untuk nasi dan juga sup.
2. Ayam ditoskan,letak sos tiram dan hirisan 4biji bawang putih, digoreng sehingga garing. Sebab dah rebus tadi,so goreng sekejap je.
3. Basuh 1 1/2 pot beras,tumis halia,bawang putih dan serai yang telah diketuk. Goreng dengan sedikit planta sehingga naik bau.
4. Masukkan beras dan air rebusan ayam.
5. Tumis bawang,bawang putih dan halia yang ditumbuk atau dihiris.
6. masukkan lebihan air rebusan ayam tadi. perasakan dengan garam dan masukkan daun sup dan bawang goreng kalau ada.
7. Blend 3 lada besar merah dan 3 ulas bawang putih. Panaskan sehingga masak dengan api yang kecil. Masukkan sos cili,sos tomato dan gula.

so siap lah nasi ayam ni..memang senang dan sedap! masak,makan dan puji diri sendiri.hahaha.

selamat mencuba!

Wednesday, 17 July 2013

ikan merah masak kari

saya jumpa satu resipi dan petua nak masak kari ala-ala penang a.k.a mamak ni dari blog akak ni..saya bukan penggemar tegar kari dan tak berapa pandai masak kari..teruknya kari pun tak pandai masak??hahaha..bukan la tak tau langsung sampai kari jadi sup pula kan..jadi la kari tapi tak se"kaw" kalau guna resepi ni..serius tak cari kari mamak lagi lepas ni...hahaha.ok jom tengok resepinya..

bahan-bahan:
ikan merah
1 biji bawang besar
6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 batang cili hijau
1 inci halia
1 sudu besar beras disangai
1 sudu besar campuran rempah iaitu biji sawi,halba dan jintan putih
3 sudu besar cili boh
50g serbuk kari babas
200ml santan pekat
3 biji tomato
segenggam daun kari

cara-cara:
1.cuci ikan dengan asam jawa atau beras untuk hilangkan bau hanyir.
2.tumbuk halus campuran rempah.
3.tumbuk halus beras yang telah disangai keperangan.
4.hiris halus bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia.
5.panaskan minyak dan tumis kesemua bawang dan halia sehingga layu.
6.masukkan daun kari dan beras yang ditumbuk.
7.masukkan pes kari yang dilarutkan dengan santan cair dan garam.
8.masukkan pes cili boh dan tumis sehingga masak dengan api sederhana supaya tidak hangus.
9.masukkan santan dan tambah air jika kurang.
10.bila da mendidih masukkan ikan merah tunggu sehingga ikan masak.Tambah garam dan serbuk knorr sehingga rasanya sedap.
11.boleh la masukkan cili hijau potong 3 guna tangan dan jangan lupa masukkan juga tomato.
12.kecilkan api dan tunggu sehingga keluar sedikit minyak.

so siap la kari ikan yang sedap sehingga menjilat jari.hahaha.saya rasa yang buat kari ni pekat sebab tambah beras sangai tu..memang jadi!meletop!



Friday, 7 June 2013

ikan siakap stim limau

simple dan mudah rupanya...tak payah stim,rebus je...sedap gak cuma isi ikan tak sesedap kalau distim...

bahan-bahan seperti dalam gambar:
~ikan siakap
~2 labu bawang besar
~halia
~5-6biji limau
~3biji tomato


cara-cara:
~panaskan sedikit minyak
~goreng bawang dan halia sampai warna kekuningan
~masukkan 2 cawan air
~dah mendidih masukkan ikan dan air perahan limau
~masukkan sos tiram,garam dan serbuk pati knorr sehingga rasa nya sodap!
~bila ikan da lembut,boleh la matikan api...

as simple as ABC!sekejap sgt tak tipu!makan dengan nasi panas-panas marvelous!

selamat mencuba!
 

Saturday, 27 April 2013

nasi ayam tomato

my first time nasi tomato...not bad ye...sila tiru resepi dari Myresepi.com ni...

bahan A : untuk nasi
2 pot beras
2 s/b tomato puri (ni saya blend sendiri tomato)
1 labu bawang besar ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 ketul kiub pati ayam
1 cm halia , bunga lawang, kulit kayu manis , n buah keras(secukupnyer,saya ada kayu manis je tapi still sedap)
planta untuk menumis n garam secukup rasa

bahan B : untuk ayam masak merah
1 ekor ayam
6 s/b cili kisar
2 s/b tomato puri
2 s/b sos cili
1 s/b sos tiram
1 labu bawang besar **
4 ulas bawang putih **
2 cm halia **
2 batang serai dititik
1 ketul kiub pati ayam
perase secukupnye

Cara-cara
bahan A : beras dibasuh bersih n toskan.
tumiskan bawang besar n bawang putih,buah keras,kulit kayu manis,bunga lawang n halia dgn planta sehingga naik bau.masukkan tomato puri.tumis sehingga masak.
masukkan beras n kacau rata.masukkan perase.n masukkan air yg cukup untuk masak beras.lepastu masukkan dlm periuk nasi.klu ikot sukatan sy 2 pot beras : 1.8 kole air.
bahan B : tumiskan bahan berkisar yg bertanda ** sehingga naik bau.masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.masukkan sos tiram ,sos cili , tomato puri.masukkan juga garam gula n perase.
ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.kemudian masukkan kedlm tumisan yg kte masak td.masukkan juga serai yg dititik.
setelah ayam masak,hidangkan dengan nasik tomato td.

sodap!

Sunday, 31 March 2013

udang galah lemak cili padi


bahan-bahan:
udang galah 6 ekor
bawang kecik 5 biji
bawang putih 4 biji
bawang besar 1 biji
cili padi 5 biji
kunyit hidup
sedikit ketumbar 
2 batang serai
santan
kacang panjang

cara-cara:
tumbuk bahan-bahan no 2-7
lumurkan udang dengan separuh dari bahan-bahan yang ditumbuk
panaskan sedikit minyak dan tumis bersama serai
masukkan udang 
masukkan sedikit air 
bila dah mendidih boleh la masukkan santan dan kacang panjang
garam sebagai perasa

siap!nyum2..lawan dengan sambal ketuk ikan bilis..memg marvelos!


Wednesday, 6 March 2013

homemade fish/meat/chicken ball

got this idea from dr.halina's blog...so simple yet good for your little one...

1.bahan-bahan:isi ayam/ikan/daging,tepung jagung,bawang besar,bawang kecil,halia.kalau nak letak garam sikit pun boleh..
2.gaul dan bulat-bulatkan 
 3.masukkan ke dalam sup...
 sphagetti soup for my hadif!

Wednesday, 20 June 2012

keria sira gula



Don't judge a book by its cover..this is the best quote to describe my kuih keria (ayat nak sedapkan hati sendirik walhal..hahaha) Even it's not looking good,the taste was not so bad..since my hubby love kuih muih so much, i "merajinkan diri" to make my first trial of keria..I never make any kuih before this (makan je reti)..so i decided to make an easy one first..got an idea to do this via recipe in google..

Bahan-bahan:
keledek,tepung gandum,garam,gula,air


Cara-cara:
1. Kupas kulit dan rebus keledek sampai empuk.
2. Lenyek keledek dan tambah garam sedikit.Tunggu sehingga sejuk.
3. Masukkan tepung dan adun sehingga sebati.
4. Bentukkan adunan jd seperti gambar diatas.
5. Goreng dan toskan.
6. Masukkan gula dan sedikit air ke kuali yg bersih sehingga jadi likat.
7. Gaul2 kuih keria dalam gula tu....dan siap!

It's so easy (baby Hadif pun pandai wat agaknye..hahaha) and yes, while kuih keria in the making, my baby accompany me.. (siap dukung baby...mase goreng kuih tu sbb he already crying...upss,it's so dangerous la mama,jgn tiru aksi ni).. Pasni bole la try kuih lain lak..Just google jaaa! ^.^