Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, 3 November 2017

Set Lengkap Skincare Natural Ruby Skincare




Elysian ni ada set lengkap ke?

Jawapannya, ada!

Set lengkap penjagaan kulit Elysian Skincare dah cukup dengan pencuci, serum, krim malam dan krim siang. Siap ada Serum foundation😍

Untuk waktu siang dan malam.. Guna set lengkap Elysian skincare je dah cukup.

Apa ada dalam Elysian Skincare?

1. Deep Gel Cleanser
2. Booster Serum
3. Brightening Night Cream
4. Protect & Support Cream Spf35

Nak lagi cantik sepanjang hari? 

Wajib guna Serum Foundation Elysian Cosmetic yang akan buat kulit cerah dan glowing sepanjang hari.

Sambil tu dapat kesan serum yang membantu kulit jadi lebih cerah, kecutkan jerawat, pudar kan parut dan jeragat.

Cukup guna ni.. Dah lengkap la tu!

Wajib guna secara konsisten tau. Baru lah dapat hasil yang terbaik👍

 http://www.wasap.my/601119801094/NAKORDER
 http://www.wasap.my/601119801094/NAKORDER
 http://www.wasap.my/601119801094/NAKORDER

Wednesday, 4 October 2017

Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!

Baru 2 bulan upgrade Leader Elysian setelah setahun lima bulan lepas register agent. Alhamdulillah dengan rezeki bisnes Allah aturkan.

Baaaanyak sangat pengalaman suka duka dalam bisnes sebenarnya. Orang bisnes kena kuat dari segi mental dan fizikal. Tak boleh menyerah kalah dan sentiasa kena upgrade ilmu.

Kalau tak de ilmu, kita bisnes ikut suka hati dan tak ada strategi. Bisnes kena teratur dan manage masa dengan betul.

Bisnes pun satu proses gak tau sebenarnya. Kena lalui step by step. Doa dan bertawakal dengan Allah mesti letak no 1. Marketing dengan Allah adalah marketing wajib kena buat.

Ok lah. Awak nak cari produk Natural Elysian boleh contact Rahmah tau. Nak jadi dropship, nak jadi agent pun boleh contact saya. Saya akan guide dan bagi consultation A1 kat semua yang nak try produk Elysian.

FB Siti Rahmah Bakin
IG srahmah87
📲 http://www.wasap.my/601119801094/NAKORDER


Wednesday, 12 October 2016

Mencari Skincare ORGANIK?


hahhhhhh pada siapa2 yg tgh mencari2 skincare ORGANIK bebas dari bahan2 berbahaya cm merkuri la, paraben la, hydroqunion la, jom bertukar ke RUBY SKINCARE. Yang terbaru dah upgrade formula n bahan2 premium terbaik dari ladang.








️ Elysian™ Ruby Skin care UPGRADED WITH NEW PREMIUM FORMULA adalah rangkaian product penjagaan,perawatan dan perlindungan lengkap kulit dari Elysian™ Beauty Malaysia. Elysian Ruby Skincare diperkaya dengan OMEGA VIT C yang mempunyai kuasa pencerahan 5x terhadap kulit. ELYSIAN Ruby Skincare Series mengandungi bahan bahan premium bertaraf antarabangsa seperti Witch Hazel Water,Pomegranate Seed Oil, Swiss Apple Stem Cell,Grape Apple Stem Cell,Lavender Water dan beberapa bahan premium bertaraf antarabangsa yang lain.

️ Elysian Ruby Skincare di formulasi dengan menggunakan TEKNOLOGI NANO dari GERMANY yang dapat memberi penyembuhan,perlindungan,perawatan dan khasiat pada kulit.

️TEKNOLOGI NANO menghasilkan molekul molekul halus dan menghasilkan penyerapan yang jauh ke dalam epidermis kulit dan membuat
kulit sihat,cerah,berseri,halus,anjal dan bersih tanpa sebarang parut dengan lebih cepat lagi.


*DEEP GEL CLEANSER*
1. Membersih kulit secara lembut dan halus sehingga jauh ke dalam kulit.
2. Boleh digunakan setiap hari tanpa menjadikan kulit kering dan pedih.
3. Membersihkan muka dari kekotoran,minyak berlebihan dan sisa solekan.
4. Mencerahkan kulit wajah.
5. Menganjalkan kulit wajah.
6. Menjadikan kulit segar, bersih berseri dan kelihatan bercahaya.
7. Membersihkan pori2 pada wajah wajah.
8. Membunuh kuman/bakteria punca kulit berjerawat.
9. Membuat tona kulit cerah sekata.
10. Membantu meneutralkan wajah yang tersalah guna produk.


*CLARIFYING TONER*
1. Menyegarkan kulit wajah
2. Membersihkan sisa kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka.
3. Menanggalkan sel sel kulit mati pada wajah.
4. Mencerahkan wajah.
5. Mengecilkan liang pori terbuka (sangat berkesan)
6. Melembutkan kulit wajah
7. Melembapkan kulit wajah secara berpanjangan.
8 Menstabilkan PH kulit wajah.
9. Meneutralkan muka yang tersalah guna produk
10. Melicinkan kulit wajah dan membuat kulit wajah bersih,berseri dan bercahaya.


*PROTECT & SUPPORT CREAM SPF 35*
1. Mengandungi SPF 35 yang sesuai untuk kegunaan harian.
2. Memberi perlindungan lengkap terhadap sinar UV yang merupakan punca jeragat tumbuh.
3. Bole dijadikan sebagai alas make up sebelum menggunakan make up.
4. Mencerahkan kulit wajah.
5. Memudarkan parut,jeragat dan mengecutkan jerawat.
6. Teksture yang ringan dan lembut membuatkan kulit mudah bernafas.
7. Melembutkan wajah dan menjadikan wajah berseri sepanjang hari.


*SKIN RENEWING NIGHT CREAM*
1. Memudarkan jeragat pada kulit wajah.
2. Membunuh bakteria punca jerawat dan mengecutkan jerawat.
3. Menghilangkan kulit kusam,tona kulit tidak sekata.
4. Menghilangkan parut jerawat dan parut berlubang.
5. Sangat berkesan untuk kulit yang terdedah kepada sinaran UV (sunburn)
6. Menghilang whitehead,blackhead dan oil seed/kolestrol bawah mata
7. Melembapkan kulit wajah.
8. Mengecilkan liang pori yang terbuka.
9. Menegangkan kulit wajah (sangat berkesan)
10. Mencerahkan dan menyegarkan kulit wajah.
11. Menjadikan kulit bersih,berseri,cerah sekata dan sihat.
12. Tiada sebarang kesan sampingan seperti pengelupasan,dan pedih pada kulit wajah


Harga: RM135 postage RM7/RM10
Free Dexandra Tester 3mL

Friday, 7 October 2016

Ruby Skincare Cream


Cer tengok ghupe cream Ruby Skincare ni. Terasa halus mulus kan tekstur nya. Bila pakai pun ya Ampun ringan je rasa n tak melekit. 👍

Loose pun ada jual tau. Ni senarai harga loose item.
Day cream 
Retail Rm40

Night Cream
Retail Rm40

Cleanser
Retail Rm35

Toner
Retail Rm30

👭 Agent/Dropship wanted

Ruby Skincare



Elysian™ Ruby Skin care adalah rangkaian product penjagaan,perawatan dan perlindungan lengkap kulit dari Elysian™ Beauty Malaysia. Antara product Best Seller lain dr Elysian adalah Elysian Booster Serum yg terbukti selamat dan berkesan dengan ribuan feedback dr pengguna.

🌹Elysian Ruby Skincare di formulasi dengan menggunakan teknologi nano yang memberi penyembuhan,perlindungan dan khasiat pada kulit. Teknologi nano menggunakan molekul molekul halus dan menghasilkan penyerapan yang jauh ke dalam epidermis kulit dan membuat
 kulit sihat,cerah,berseri,halus,anjal dan bersih tanpa sebarang parut. 

🌹 Ruby Skincare diperkaya dengan Omega White C yang mempunyai kuasa pencerahan 5 kali ganda dari biasa.

🌹 Ruby Skincare juga formulasi dari pelbagai stem cell yang bertaraf antarabangsa dan semestinya kesan stem cell ini sangat berkesan untuk kulit wajah kembali sihat dan anjal.


Deep Gel Cleanser
🌷 Deep Gel Cleanser merupakan cleanser  yang  "clear gel" bersifat aktif terhadap kulit dan bebas buih. Kesannya,anda dapat rasai setelah selesai membersihkan kulit muka. Kulit menjadi tegang, halus, bersih, anjal ,lembap dan segar setelah membersihkan muka dengan menggunakan Deep Gel Cleanser.  Kandungan tea tree dalam Deep Gel Cleanser membersihkan minyak dan kekotoran pada kulit secara mendalam. Soapwart juga merupakan bahan utama dalam Deep Gel Cleanser yang mengandungi saponin yang merupakan agen pembersihan paling berkesan untuk melawan bakteria bakteria yang merosakkan kulit.


Skin Renewing Night Cream
🌷 Skin Renewing Night Cream berfungsi untuk merawat dan mencerahkan kulit dengan cepat  kerana mengandungi jumlah stem cell yang pelbagai dan bahan bahan lain yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa seperti grape seed oil yang berkesan menghilangkan parut dan dan kedutan di muka. Kebaikkan ditambah dengan Lavender Water yang terdapat dalam Skin Renewing Night Cream. Sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat,mengurangkan eczema, menghalang pembiakkan bakteria dalam kulit jerawat, dan merawat kulit yang terdedah kepada "sunburn". Formulasi utama iaitu witch hazel water dan pomegranate seed oil sangat berkesan untuk menghilangkan parut berlubang,kedutan halus, jeragat/melasma, jeragat dan kulit yang tersalah guna product. Kandungan alpha arbutin dalam Skin Renewing Night Cream membuatkan kulit lebih cerah dan lembap. Dengan pemakaian yang konsisten kulit pasti menjadi cerah,bersih,licin,halus dan tegang. 

Protect And Support Cream SPF 35
🌷 Protect and Support Cream SPF 35 berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran uva dan uvb yang boleh menyebabkan kulit kusam, berjeragat ,sunburn dan gelap. Dengan pemakaian yang konsisten kulit akan menjadi cerah berseri serta merta dan semakin  sebati dalam kulit menjadikan kulit "flawless, cerah dan glowing" secara sihat dengan pemakaian product organik yg selamat dan berkesan tanpa bahan kimia berbahaya seperti mercury, hydroqunon dan paraben. Teksture cream yang sangat ringan dan mudah disapu ke seluruh muka dengan serta merta menyerap ke dalam kulit membuatkan kulit cerah berseri. 

Clarifying Witch Hazel & Lemon Toner
🌷 Diformulasi menggunakan Witch Hazel Water,Lemon,Swiss Apple Stem Cell dan beberapa bahan premium organik yang lain. Dengan penggunaan yang konsisten, Clarifying Toner mampu mengecilkan pori,menstabilkan PH kulit,memberikan perlindungan kepada sinaran uv secara semulajadi,menyegarkan dan kulit menjadi lembut,anjal. Membersihkan kekotoran,minyak berlebihan dan dan sel sel kulit mati pda kulit muka. Dan paling ketara,kulit menjadi cerah,bersih,licin dan berseri.

 🍃 Sesuai untuk semua kulit.
💯 Halal & KKM approved 
 💯 Organik/ Natural

Harga Ruby Skincare RM135 free gift Dexandra Tester 3mL. COD KLCC/Bangi 



Tuesday, 3 May 2016

Bisnes Elysian Booster Serum

Ni lagi satu produk best nak share dengan ampa semua. Ni pun jadi agent sebab saya dah guna sendiri. Parut degil, bekas jerawat dan jeragat inshaallah boleh hilang dgn elysian ni. Jeragat kan susah nak hilang. Cuba guna Elysian ni kalau ada masalah2 kulit tu.







Walaupun size nya kecil, tapi tahan lama juga sebab picit sekali je cukup untuk sapu keseluruhan muka. Kalau gabung dengan set Tati Skincare lagi mantap tau!

Wasap 011-19801094 (rahmah)
Postage setiap hari
Harga: RM85
COD: Bangi/ KLCC




bisnes baru Tati Skincare

dah lama gak guna Tati ni. disebabkan rasa cam best je, register untuk jadi agent. sekarang saya agent sah Tati Skincare tau. Bole COD area Bangi, Bandar Putra Mahkota dan KLCC.

review testimoni boleh tengok kat instagram ye.

https://www.instagram.com/hanaraishabeauty/






ada masalah jerawat, kulit kusam, jeragat, tona tak sekata, sgt recommend guna set 5 in 1 Tati ni. ramai guna alhamdulillah puas hati.

wasap pun bole 011-19801094 (rahmah) kalau nak order.

COD: Bangi/KLCC
Harga: Set Trial Tati Skincare 5 in 1 RM90

Friday, 11 December 2015

langkah pertama belajar menjahit

2015 takde post langsung rupanya. Haha punya la rajin dah ada anak 2. Sekarang ni dah 4 bulan pindah ke KL tapi masih stay di hotel. Lama2 boring gak duduk di hotel tak buat apa2. Hahaha. Tak sabar nak pindah bulan 1 ni.

Plan dah pindah ni nak belajar menjahit, belajar baking dan bercucuk tanam. Alang2 tak tau nak buat apa kan sebab tengah pregnant ke-3 sekarang ni. Harap2 ilmu2 ni bole la mengisi masa lapang dan buat duit.

Langkah pertama nak pergi belajar menjahit. Dah booking dengan cikgu gee dr batu caves. FB nye "jom jahit". Moga berhasil la usaha nak menjahit ni. Good Luck mama! 



Bagi semangat dulu ye berangan2 menjahit sambil bisnes online? Masuk azam 2016 ye la dak? 

Tuesday, 3 June 2014

cara pisahkan susu badan anak 2 tahun

ni nak share dengan mommies semua pengalaman pisahkan Hadif dari menyusu badan a.k.a direct breastfeed..sebab Hadif dah nak 2 tahun..kebetulan saya pun dah pregnant masa tu..masih diawal-awal kehamilan..kebetulan masa tu stay di kampung sebab husband pergi offshore..kalau sorang-sorang buat kat rumah tak tau kuat semangat ke tak..mak la yang nasihatkan suruh pisah sebab dah pregnant..bukan apa, sebab suruh rehat dan relax2 sikit bila pregnant ni kan penat, breastfeed lagi kan..

langkah pertama kena biasakan Hadif minum susu guna botol dulu sebab Hadif tak reti guna botol susu..proses ni pun ambil masa gak, kena pilih susu yang dia suka dan sesuai.. pastu kena sabar dan hari2 buatkan susu sambil pujuk2 minum susu guna botol.. kalau tak pun boleh selang-selang dan try dengan air lain dulu selain susu..ni untuk biasakan dia dengan botol susu sebenarnya..

hari first tak bagi menyusu badan tu dia ok, minum air lain pun dia nak..yang jadi masalahnya bila tiba masa dia dah mengantuk nak tidur siang..dia menangis dan mengamuk sebab dah ngantok tapi tak boleh tidur tanpa breastfeed..kesian sangat tengok masa tu, husband tak de lak masa tu nak tolong..saya tengok, saya yang menangis..first trial tu tak berjaya sebab tak sampai hati, bagi gak kat lg kat Hadif..

kali ke-2 try mak saya suruh pergi jumpa bidan bersalin yang pandai pisahkan budak susu badan...tak tau la apa cara bidan tu buat, harap-harap tak menyalahi hukum...mula datang tu tak bawak apa-apa sebab tak tau kan...rupanya kena bawa telur, gula-gula dan daun pahit (tak ingat daun pokok apa) rasa cam pelik gak nak buat apa dengan barang-barang ni..macam lain macam je kan...rupanya gula-gula dan telur dia akan bacakan dan bila anak teringat nak menyusu, bagi gula-gula tu bg dia lupa.. dan daun-daun pahit tu bidan akan tumbuk dengan kunyit dan suruh letak kat miss B..bau nya memang tak best dan daun tu sangat la pahit...mungkin bagi bau badan kita tak best dan bila anak rasa dan tengok benda tu, anak akan geli dan tak nak menyusu lg..

proses ni memang bukan senang, tapi Alhamdulillah kali ni berjaya..malam first tu beberapa kali gak Hadif bangun dan cari susu, tapi pujuk2 dan garu-garu badannya, Hadif pun tertidur balik..dan sampai sekarang pun, memang kena garu badan sebelum tidur..ni cam sama perangai dengan papa je..hahaha.

1. Banyakkan doa moga anak senang nak pisah susu
2. Selalu pujuk dan cakap benda positif kat anak sebab 2 tahun dia dah boleh paham
3. Ibu kena bersabar dan tekad untuk kebaikan bersama

Tu je la nak share pasal pengalaman pisahkan susu ni..anak ke-dua nanti masih dalam dilema nak direct feed ke nak pam...haishhhhhh...

Sunday, 1 June 2014

Penapis Air Coway


Nak pasang water filter tapi baru sekarang terpasang sebab dulu konon-konon tinggal kat KK ni jap je, tengok-tengok dah 3 tahun menetap kat sini..alang-alang dah nak ada baby baru ni, pasang la untuk kemudahan buat susu baby nanti..

Tak survey pun pasal water filter ni..dapat info dari kawan-kawan yang dah guna water filter coway ni..jalan-jalan kat Giant Nilai masa pergi rumah akak aritu, ternampak ada booth coway ni..terus la tanya-tanya dan register untuk beli..kat KK tak sempat2 nak pergi tengok..

Terasa nak beli coway ni sebab siap ada air panas dan air sejuk..memang sangat memudahkan kerja rumah..



saya pilih yang ni..namanya Petite,pilih ni sebab boleh touch je nak isi air..kapasiti 11L dalam satu2 masa..ada air panas, air sejuk dan air biasa. Senang sangat nak buat susu anak, nak masak dan buat air. Nak air sejuk tak perlu dah letak dalam peti sejuk atau buat ais lagi dah.. memang best!

Ada 2 cara sama ada bole bayar bulanan selama 5 tahun atau beli cash.. RM2880 mungkin belum masuk service lagi.. service jika beli cash RM500 untuk setahun, 2 bulan sekali diorang akan datang rumah untuk service.. jika beli bayar yang bulanan, service sebulan sekali..bila kira-kira jimat sikit beli cash..

sila-sila pilih water filter yang best ni..

Review Set Bersalin Nona Roguy


First baby dulu guna set berpantang Nona Roguy ni..bagi saya memang best dan berbaloi dengan harga..tapi still ada lagi sebab tak displin guna sampai habis berpantang..set nona roguy ni dua2 ada, untuk luaran dan dalaman juga..

Set ni mengandungi 6 barang:

Phytonatal (90 tablet)
banyak-banyak ni paling suka pil phytonatal ni..selalu ibu lepas bersalin mesti susah bila nak membuang..dan lagi satu sebab takut nak meneran lagi-lagi kalau bersalin normal kan..pil ni makan memang komfirm senang membuang dan kadang-kadang boleh tak tahan sangat sebab tak sempat ke toilet..almaklum la ibu bersalin nak jalan pun slow sangat kan..kalau boleh berlari senang la..hihi.tapi makan awal pagi, so tengahari atau petang dah rasa nak membuang..kalau makan malam-malam susah lak nak membuang tengah malam kan..

Herbanika Barut (60g krim)
Ni krim untuk sapu kat bahagian perut sebelum pakai bengkung..mungkin untuk kuruskan perut kot..

Minyak Herbanika (100ml)
minyak ni agak panas bila pakai..selalu pakai kat perut gak..bole sapu kat bahagian lain gak..

Akar Herbanika (10tbag)
ni macam teh herba..1 uncang tu bole guna banyak kali..tapi kena simpan dalam bekas tertutup dan simpan kat peti sejuk tiap kali guna..rasa teh ni ok tak la terlalu pekat dan bau herba sangat..boleh ditelan lagi..

Herbanika Lulur (100g)
Herba ni dalam botol, tiap kali nak mandi kena bancuh dengan air suam..agak-agak pekat dan tak cair sangat boleh lumur satu badan terutama dicelah-celah..senang kata satu badan la lumur dengan lulur ni..lepas pakai ni rasa kulit licin sangat..yang ni paling cepat habis masa guna tu..

Uncang Cuci Herbanika (10 tbag)
Ni pulak rupanya lebih kurang macam teh akar herbanika tu, tapi yang ni untuk mandian dan cuci yang bawah tu..rendam uncang ni dalam air suam..pun boleh guna 2,3x untuk satu uncang..bila da siap mandi dan guna lulur tu, boleh la mandi dan gosok dengan air herbanika ni...

Bagi saya set ni bagus dan lengkap..lepas habis pantang pun orang tegur nampak berseri dan slim balik..selain berpantang makan, set ni pun membantu kurangkan berat badan dan buang lemak-lemak yang tak perlu..untuk pantang kali kedua ni mesti la pilih yang ni gak..n pastinya untuk dalaman, pilih set bersalin shaklee gak..nanti saya akan review set bersalin shaklee tu lak pas berpantang nanti ye..

Friday, 30 May 2014

birthday Hadif 2 tahun

ni pun birthday celebration yang lepas masa 27 Febuari 2014 sempena Hadif 2 tahun..masa tu papa outstation kat KL, jd decide buat kat rumah akak ipar memandangkan birthday Aniq bulan febuari gak..sambut sama2..
kelakar dan seronok sangat sebab sambut dengan family..kecoh satu rumah..dan meriah sebab ramai budak..

ni Mia,Aniq,Akid dan Hadif..



menu bihun sup dan sate!


kek banana coklat secret resepi disponsor oleh ucu..Hadif suka sangat kek ni n makan banyak kek ni..

Hadif dah big boy 2 tahun..jap lagi dah nak jadi abang..moga2 Hadif jadi anak soleh berjaya dunia dan akhirat..mama sayang anak first mama ni! happy ke sedih ke, Hadif la yang paling sentiasa ada kat mama sebab papa selalu outstation..syukur pada Allah atas kurnia-Nya..


Hadif 2 tahun!!

tapi tak kuarkan apa-apa pun sebab kak ipar tak mau, saya beli belon helium je..ni cari kat kedai birthday area taman melawati..semua barang birthday ada..

Party Heaven
No 316, Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
012-629 5545/ 016-247 4942

Facebook:Party Heaven
Business Hours: Tuesday-Saturday 10.30am-7.30pm Ahad 12.30-6.30pm


review baby bullet blender

Baby bullet blender ni memang best bila nak buat atau sediakan makanan baby..kalau guna blender yang sedia ada kat rumah takut pedas pulak makanan baby tu campur-campur dengan blender lain kan..

bekas-bekas yang ada tu senang nak frozen kan makanan baby untuk buat stok..ibu bekerja selalunya akan buat cmtu untuk jimatkan masa dan buat sekali banyak..baby bullet ni ada 2 bahagian 1 untuk sediakan makanan, satu lagi untk simpan makanan dalam peti sejuk supaya makanan baby tu tahan lama..

bukan susah pun nak buat makanan baby..steam buah2 yang anda suka, pastu blend..siap untuk suap kat baby..

tak de bahan perisa tambahan dan yang penting sihat dan bersih untuk baby! yang lagi best ada buku resepi baby yang sesuai dimakan mengikut peringkat umur baby..ada kartun smile tu memang comel dan lagi semangat ibu2 nak buat makanan baby sendiri..hihi.

kalau nak tengok cara guna dan video boleh tengok kat sini ya baby bullet




Product Includes:
1 x High Torque Bullet Base with Malaysian Plug
2 x Stainless Steel Blades
1 x Batch Bowl
1 x Short Cups
1xSpatula
1x Batch Tray
1x Batch Tray Lid
6xDate-dial storage cups
1xUser manual and cookbook
1xPocket nutrition set
1xStorage tray
1xStay-fresh tiny
total 16pc set
The Baby Bullet has all the power and convenience of the Original Magic Bullet, but is specially designed to make delicious, healthy baby food. With the all-new Baby Blend Blade, you can make and store fresh foods that are perfect for every stage of development.
This set includes: a high-torque power base, two stainless steel blades, a three-piece batch bowl, a short cup, a spatula, a batch tray with lid, six date-dial storage cups, a stay-fresh resealable lid, a storage tray, a user manual and cookbook and a pocket nutritionist.
Number of Speeds: 1
Includes: Chopper, Freezer Storage Trays, Mixing Cup, Jar Bottom Cap, Recipe Book, Instruction Manual, Chopping Blade, Blending Blade
Material: Stainless Steel, Metal, Plastic
Care and Cleaning: Dishwasher Safe Parts



Nak order atau sebarang pertanyaan, boleh whatssapp saya 011-19801094..Harga RM170 FREE POSTAGE!!!


Thursday, 29 May 2014

surprise birthday papa

sebenarnya ni birthday tahun lepas punya..saje nk masuk gak kat blog sebagai kenangan..beli kek baskin robin bukan main pilih yg cantik, sekalinya cair dahhh..tak boleh lama2 kat luar..masa ni buat surprise n buka siap letak kek kat dapur..cair sebab dah hidupkan lilin awal2..so kalau beli kek aiskrimcmni nak guna baru kuarkan dari peti sejuk ya..


ni buat kat umah akak celebrate dgn family..


hadiah birthday yang dirasmikan oleh hadif..dah la terbalik pakai..kasut futsal adidas..

Tuesday, 27 May 2014

jual telekung lycra cantik warna-warni dan al-quran digital online

hahhhhh..ramadhan dah nak dekat ni..mari buat persediaan nak puasa, terawih dan baca al-quran..ganti telekung lama dengan telekung warna-warni yang kainnya sedap, tak berat, sejuk dan cantik mata memandang..warna terang, soft, gelap pun ada..pilih je mana nak..harga murah lak tu..sepasang RM60, kalau beli 2 atau lebih boleh dapat SPECIAL PRICE..COD KL, Sepang, Putrajaya.. tapi pos pun senang je, terus sampai rumah..

Bukan untuk dewasa je tau..nak matching dan sama warna dengan anak pun boleh..mesti cute!

Sila-sila lawat fanpage facebook adik saya ni Ct NawalHusna Shop..



Pakej Lengkap
1x Al-quran Digital
4x Buku Percuma
-Haji, Umrah
-Kamus/Dictionary
-Hadis
-Mukaddam
-Index

6x Buku Iqra
-Iqra 1
-Iqra 2
-Iqra 3
-Iqra 4
-Iqra 5
-Iqra 6

1x Pen Digital
1x Charger
1x Kad Jaminan

*Kelulusan KDN
* Jaminan 1 Tahun



Boleh wasap untuk pertanyaan 011-19801094 

cosatto carseat untuk baby



Ya Allah, ni la padahnya pergi follow instagram yang best2 barang dari UK..corak dan warna yang sangat buat orang meronta-ronta nak beli..memang jenis pantang tengok barang baby yang comel-comel ni.. =')

mula-mula tengok ni sangat la mata harus la pergi ke purple dan pink tu..comel rasa nak gigit-gigit..perkara pertama buat jatuh hati memang sebab corak dan warna nya..

lepas dah tengok-tengok review, memang recommended carseat ni, terus cepat nak order..barang dari UK ni kalau nak beli kena sabar menunggu..lebih kurang 3 bulan..bole bayar deposit dulu dan lebihnya bayar masa barang sampai Malaysia..kalau tak sabar, jangan gatai2 pergi order ya..memandangkan due pun lama lagi akhir bulan 8, jadi tak kesah la sampai bila pun..

bila part buat pilihan ni memang sangat susah..rasanya sejuta kali tenung baru buat pilihan..dah buat pilihan pun masih tak pasti lagi..tu memang biasa terjadi..masalah negara betul..


dan akhirnya............

cuddle monster cosatto moova yang menjadi pilihan!

carseat cosatto ni ada 2 jenis satu moova dan lagi satu zoomi..moova 9kg-18kg, zoomi 9kg-36kg..pilih moova sebab boleh recline 3 position..zoomi tak boleh recline tapi bole guna lama, sampai toddler pun boleh..rasanya 36kg tu dah darjah berapa la agaknya..sebab boleh recline, harap2 ok la untuk guna dari newborn..if tak boleh, baby baru pakai carrier abang Hadif dulu la..yang tu memang untuk baby punya dari newborn-12m+..

bila dah dapat nanti bulan July, saya akan buat review la pasal car seat tu best ke tak best..ohhh ya bole beli kat IG Kedai1UK ye..


memilih stroller baby yang stylo dan best

Hadif dulu pakai stroller Esprit Jet Stroller..stroller ni tak terlalu bulky dan bukan jenis buggy gak..tengah2 kot..tapi stroller ni sgt la banyak berjasa untuk kami..memang sangat menggunakannya sampai sekarang..travel, balik kampung, naik flight dan pergi shopping complex still bawa ni bersama lagi.. sangat berguna sebab kalau mengantok, Hadif terus tertidur dalam stroller.


boleh fully recline if baby tidur
boleh adjust 3 positions
basket boleh letak banyak barang

masa tu beli sekali padding ni bagi lagi empuk.. beli sebab suka design nya..

sekarang ni untuk second baby, decide untuk beli lagi satu stroller memandangkan abangnya masih guna stroller ni..nanti berebut la pulak..tak terpikir nak beli twin stroller pun sebab tak suka..besar dan bulky..

mari tengok pilihan stroller yang berkenan di hati:

1.Stokke Xplory Stroller



suka stroller ni sebab stylo dan warna semua menarik! tapi sebab bulky dan memerlukan ruang yang besar..say no to bulky stroller..plus harganya yang sangat la mencekik darah dan tak mampu nak beli..hihi.

2.Babyzen Yoyo

yang ni limited edition, tapi dah takde skang..kalau tak,suka gak dengan design yang ni..babyzen yoyo antara dalam list sebab ringan dan compact senang nak lipat dan bawa pergi travel..tapi pikir banyak kali sebab tak bole fully recline. design baru 2014 ni ada yang untuk 0-6m punya tapi asing2 la..tu yang tak jadi pilih ni..babyzen ni boleh beli yang 0+ punya, 6+ atau satu set terus..



3. Quinny Zap Xtra


dulu suka gak stroller ni, tapi lama2 tengok tak suka lak..sebab asyik tenung je lama2 boring..rangka nya pun besar sikit..kelebihan lain yang ada, boleh recline habis dan macam stroller2 lain juga..

4. Bugaboo bee





design lebih kurang macam zenyoyo tapi tak secompact zenyoyo..tapi at least bugaboo bee ni tak bulky! warna pun sangat la mencairkan hati..boleh buat ku tak tidur malam.. tau pasal stroller ni dari my best friend yang dah guna stoller ni..sangat la suka dengan warna pink tu, memandangkan boy decide warna lain..pening kepala antara kuning dan merah..last2 husband pilihkan warna merah! masih pre-order lagi bulan 7 baru sampai..tak sabar nak try! beli dari instagram uk1stopcentre..murah rm600 dari beli kat mothercare! nanti dah dapat saya tulis review lagi..

thanks suamiku sebab merealisasikan angan2 mengada binimu ini..hihi. go Bugaboo BEE!


Friday, 23 May 2014

persediaan barang berpantang dan newborn baby

untuk pregnant second ni,still beli gak barang-barang baby..baru settle 75%..yang boleh guna cam baju-baju, so tak perlu beli banyak dah..ku budget if girl nak beli barang2 pink, second ni dapat boy..Alhamdulillah, next baby pula la baby girl ye..😉

tak ke mencairkan hati kann??? hahaha.

ok mari list kan barang2 baby yang penting:

1.pakaian
untuk newborn tak perlu banyak sgt pun tak pe tapi at least ada 7 salinan cukup untuk seminggu..long sleeve 7 pasang, short sleeve 7 pasang..mitten n booties pun bole beli 7 pasang gak..bonnet 4 pun cukup..selalu saya beli size besar sikit supaya boleh pakai lama, baby cepat je membesar..beli size 3-6 pun ok..lampin bole beli untuk bedung baby..

2.Baby Cot&Tilam Baby
ada parents yang just nak tidurkan kat tilam baby je, so klu plan cmtu tak perlu la beli baby cot..dah jimat duit..masa first baby dulu belikan jenis yang playpen tu..best sebab warnanya menarik dan terang2..tapi masa tu tak de katil lagi,tidur bawah, jadi susah nak ambil baby malam2 bila nak breastfeed..sempat guna sampai beberapa bulan lagi waktu siang boleh letak dalam tu..lepas tu let go dah playpen tu sebab baby breastfeed senang tidur sama je..

untuk yang second ni saya try beli yang cot pula..one side boleh tanggalkan..kalau ikutkan boleh guna sampai baby besar sebab bole convert jadi katil next time..harap2 berguna la baby cot ni..

set tilam sekarang pun ada yang boleh tempah siap2..corak pun cantik2..tinggal pilih je..

3.set mandi
yang ni memang perlu lah..besen mandi,shampoo,body shampoo, tuala dan keperluan lepas mandi macam bedak, minyak angin, lotion, sikat

4.Pampers dan wet tissue
dua barang ni sila lah beli banyak2 sebab sangat2 perlu untuk baby sebab baby banyak poo2.. lepas menyusu, komfirm membuang..kalau pergi baby fair ke, borong banyak2 pun tak pe..pampers size new born ya nnt size S besar sangat lak..

5. breastpump, botol
ni ibu bekerja kena pilih breastpump siap2 untuk buat stok EBM..better pilih yang elektrik jimat masa dan tenaga..kalau yang manual penat tangan dan badan nak mengepam..if nak direct bf, tak perlu beli pun boleh..tp masa dalam pantang kadang2 perlukan pam untuk buang susu jika kena bengkak susu..

6. stroller dan car seat
ada baby tak nak duduk dua2 ni..jadi boleh beli lepas pantang memandangkan masa pantang pun rehat kat rumah je..if baby tak nak duduk dua2 ni,kesian la mak bapak kalau jalan2 kena dukung je..memang penat..option lain boleh try guna baby carrier.

7. keperluan mama dalam pantang
set pantang..tentu la pilih shaklee..untuk mandian atau herba2 boleh juga pilih nona roguy, ada mandian, herbal cream untuk sapu perut dan teh herba..bengkung pun boleh beli juga untuk kuruskan perut..kain batik,baju2 besar untuk senang bf baby, stoking jangan lupa!


kawan Hadif, Adam!

haaa ingat x kawan hadif yang mama jagakan jap aritu masa baby (kawan-baru-hadif).. dah besar Adam, sama baya dengan heroku..sekarang pun mama Adam pregnant yang second, dua2 sama dah nak jadi abang..happy la hadif ada kawan arini...adam good boy tak nangis pun tggal kat sini...suka main-main dengan hadif.


    



Ni la hasil Hadif main2 dengan Adam..dah dapat ku bayangkan bila adik Hadif dah besar nanti..=)