Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, 6 June 2013

Discover SABAH

Dulu mase first time pindah sini...selalu berkata-kata dalam hati..
"apesal la aku kena duduk sini?boring la" 

and keep asking my husband 
"bila kita nak pindah Semenanjung?bila kita nak pindah Semenanjung?"  

hahaha..tu masa belum tahu apa yang menarik ada kat Sabah ni..orang kata,Tak Kenal Maka Tak Cinta..memang betul la pepatah tu..bila da lama-lama duduk sini rasa seronok pula sebab banyak tempat-tempat menarik rupanya kat Sabah ni..hahhh kan da jatuh cinta...kalau husband baca ni mesti dia gelakkan ni...hahaha.

banyak lagi tempat yang saya belum lawati...sebelum pindah semenanjung nanti,saya akan takluki semua tempat-tempat ni...cewahh takluki siap...

setakat ni yang da penah pergi Gunung Kinabalu (Kundasang dan Ranau)...da 4x pergi sana termasuk masa Honeymoon sebelum pindah sini pun pergi situ gak...selain tu pernah pergi kudat the tip of Borneo...Semporna snorkeling di Mabul...Tawau makanan sedap-sedap..Kota Klias tengok kunang-kunang...Naik keretapi ke Beaufort...Pulau Tunku Abdul Rahman (Manukan,Mamutik,Sapi)..dan semestinya jalan-jalan di bandar KK ni..yang menarik kat sini selalu orang pergi Tanjung Aru beach,pasar Filipin, music fountain di perdana park, observatory hill tower...

Lepas ni rasa nak pergi tawau lagi sebab tak sempat rasa semua makanan yang sedap-sedap kat situ..next time nak drive pula pergi sana supaya boleh singgah banyak tempat macam Sandakan,Lahad Datu dan banyak lagi..Labuan pun tak pernah pergi lagi..tak sabarnya nak pergi semua tempat!

saya akan share tempat-tempat yang saya pernah pergi dalam blog ni ye...

till then,
mamarayhanhadif




1 comment:

  1. Save date utk ke labuan for my kenduri kayh! Lida

    ReplyDelete